Connect with us

Infozon

Wanita Uyghur Dimandulkan Apabila Dewasa Supaya Tiada Waris Etnik

Kisah kesengsaraan etnik Uyghur seakan tiada berkesudahan. Pembongkaran kekejaman kerajaan China terhadap etnik minoriti itu sedikit demi sedikit semakin diketahui umum.

Hal ini bermula apabila Mesut Ozil iaitu pemain bola sepak antarabangsa menyatakan rasa sokongannya kepada etnik beragama Islam itu.

Dihapuskan keturunannya

Menerusi Perkongsian satu sedutan video wawancara yang tular di media sosial, seorang lelaki berketurunan Uyghur telah menceritakan bagaimana orang-orang China melayan mereka terutamanya golongan wanita bagi menghapuskan etnik tersebut.

https://twitter.com/963142835KLBg33/status/1206098275713069057

Wanita menjadi mangsa

Menurut lelaki itu lagi, wanita-wanita Uyghur yang sudah pun mencapai tahap dewasa akan dimandulkan bagi memastikan tiada keturunan etnik tersebut pada masa akan datang.

Lebih zalim lagi, keluarga yang mempunyai wanita di dalam rumah pasti akan ada lelaki dari etnik lain yang tinggal didalam keluarga tersebut dan bebas melakukan apa sahaja terhadap mereka .

Ada yang nekad bunuh diri

Oleh sebab itu, ramai daripada wanita etnik Uyghur ini meminta izin membunuh diri demi mengelakkan daripada diperlakukan dengan zalim.

Sehubungan dengan pendedahan tersebut, diharap agar dunia lebih peka dan membuka mata diatas penindasan yang berlaku. Kezaliman yang berlaku di Xinjiang terhadap etnik minoriti ini benar-benar tidak berperikemanusiaan kerana sanggup bertindak kejam sesama manusia.

Sumber : kalabon9

Continue Reading
Advertisement

Trending