Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Wan Ahmad Fayhsal Buat Kecoh Di Dewan Rakyat, Sentuh Isu Titah Adendum Walaupun Dilarang

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh pada Dewan Rakyat hari ini selepas menyentuh isu berkaitan Titah Adendum.

Memetik laporan Berita Harian, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kerajaan tidak jujur dengan rakyat apabila menyorokkan titah berkenaan dari orang ramai.

Tindakan Ahli Parlimen Machang itu telah pun ditegur beberapa Ahli Parlimen kerajaan berikutan isu berkaitan Titah Adendum itu tidak dibenarkan dibahas di Dewan Rakyat.

Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh di Dewan Rakyat

Wan Ahmad Fayhsal Buat Kecoh

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan tidak jujur kepada rakyat, antara benda paling besar ialah kerajaan menyorokkan Titah Adendum,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja, di Dewan Rakyat, hari ini.

Walaupun menerima teguran dari beberapa Ahli Parlimen Kerajaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU itu terus mempersoalkan pihak yang melarang perbahasan mengenai Titah Adendum dibuat.

“Siapa kata tak boleh bahas?” soal Wan Ahmad Fayhsal.

Susulan itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari bangun dan menjelaskan bahawa ketetapan sudah dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari bahawa isu berkaitan Titad Adendum itu tidak dibenarkan sebelum ini.

Bangkit isu Titah Adendum, Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh di Dewan Rakyat

Foto: Sinar Harian

Timbalan Speaker, Syahredzan Johan kemudiannya meminta Wan Ahmad Fayhsal menghentikan perbahasan mengenai titah terbabit kerana larangannya sudah diputuskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak benarkan perbahasan ini kerana ada keputusan dibuat Tan Sri Yang Dipertua bahawa Titah Adendum tidak boleh dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.
“Jika tidak berpuas hati, boleh buat usul mengenai ketetapan ini, namun buat masa sekarang, saya tidak benarkan,” ujarnya.

Artikel lain: Cadangan Wujud Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Boleh Timbul Keresahan – Pemuda Amanah Perak

Tidak cukup dengan itu, suasana bertambah panas apabila Wan Ahmad Fayhsal menggesa supaya bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh direhatkan tugasnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sehingga isu titah itu diselesaikan.

“Saya menyeru bekas peguam negara direhatkan kerana melanggar apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini,” katanya.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan sekali lagi bangkit mempertikaikan tindakan itu kerana ia mempunyai kaitan dengan Titah Adendum.

Dr Mohammed Taufiq bangkit mempersoalkan atas dasar apa Wan Ahmad Fayhsal menyebut mengenai isu berkaitan bekas peguam negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh, persoal Titah Adendum

Shahredzan sekali lagi menegur tindakan Wan Ahmad Fayhsal itu dengan meminta beliau berhenti berbahas isu terbabit.

Sebelum ini, Johari melarang sebarang perbahasan berkaitan Titah Adendum oleh bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam sidang Parlimen kali ini.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga makanan dipercayai dibunuh apabila mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada Khamis. Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua...

Dunia

Arab Saudi dilapor haramkan arak semasa Piala Dunia 2034, kata duta negara tuan rumah iaitu Khalid Bandar Al Saud di United Kingdom. Memetik laporan Reuters,...

Spotlight

Beberapa hari selepas cetus kontroversi di Grammy, sumber mendakwa penyanyi rap dari Amerika Syarikat Kanye West dan isteri sudah berpisah dan kini dalam proses...

Nasional

Sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dilihat menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan semua matlamat dan hasrat negara dikemudikan dengan baik dalam kalangan kumpulan serantau. Untuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd