Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gagal Tamat PhD Cambridge, Wanita & Penjamin Perlu Bayar MARA RM857,000

Mahkamah Tinggi Sungai Petani menolak rayuan seorang wanita dan tiga penjaminnya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membayar balik pinjaman pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM857,000.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Pesuruhjaya Kehakiman Darmafikri Abu Adam dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan minggu lalu berkata, tiada merit dalam rayuan yang dikemukakan selain tiada alasan untuk mahkamah campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Foto arkib: Free Malaysia Today

Menurut beliau, keputusan mahkamah perbicaraan adalah munasabah, disokong oleh keterangan yang dikemukakan dan tidak menunjukkan sebarang kesilapan yang nyata.

Mahkamah turut memerintahkan perayu membayar kos sebanyak RM10,000.

Siti Norbaya Ahmad Nor, 45, menerima pinjaman MARA pada 2011 bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana di University of Manchester sebelum memperoleh pinjaman kedua pada 2013 untuk mengikuti pengajian doktor falsafah (PhD) di University of Cambridge.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga ahli keluarganya iaitu Siti Zaliha Ahmad Nor, Siti Farhana Ahmad Nor dan Jamilah Long bertindak sebagai penjamin bagi kedua-dua pinjaman berkenaan.

MARA memulakan tindakan undang-undang selepas mendakwa wanita itu gagal membayar balik pinjaman yang diterimanya.

Dalam rayuannya, Siti Norbaya berhujah bahawa dia telah menamatkan pengajian sarjana dalam tempoh ditetapkan selain mendakwa tuntutan MARA bagi pinjaman 2011 terhalang oleh Akta Had Masa 1953.

Foto: Janaan AI

Bagaimanapun, Darmafikri memutuskan bahawa terma kontrak yang dipersetujui adalah mengikat dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Beliau berkata, Klausa 4.6 surat tawaran Mara 2013 dan Klausa 3.1(a) perjanjian pinjaman 2013 dengan jelas mewajibkan perayu menamatkan pengajian PhD dalam tempoh empat tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut penghakiman itu, menerusi surat bertarikh 15 Februari 2017, Siti Norbaya mengakui tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan dan diberikan lanjutan sehingga Ogos 2017.

Namun, dia masih gagal menamatkan pengajian berkenaan.

“Mahkamah mendapati kegagalannya menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan merupakan satu kemungkiran kontrak.
“Sehubungan itu, Mara berhak menuntut bayaran balik keseluruhan jumlah pinjaman menurut perjanjian pinjaman 2013,” katanya.

Darmafikri turut menegaskan bahawa dakwaan perayu memperoleh status kemasukan semula (reinstatement) daripada universiti tersebut tidak melibatkan atau mengikat MARA.

Beliau juga mengambil maklum dapatan Mahkamah Sesyen bahawa Siti Norbaya masih belum menamatkan pengajian PhD pada tarikh perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berhubung isu had masa, mahkamah memutuskan bahawa tuntutan MARA tidak terhalang oleh Akta Had Masa 1953 kerana saman yang difailkan pada 2022 masih berada dalam tempoh yang dibenarkan undang-undang.

Peguam Nik Nur Amirah Nik Nuzul mewakili perayu manakala Mara diwakili Anis Amirah Amran.

Sumber: Free Malaysia Today (V Anbalagan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd