Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kemunculan Harimau Belang Cetus Kebimbangan, Polis Minta Orang Awam Bergerak Berkumpulan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung satu video tular yang memaparkan seekor harimau belang dipercayai berkeliaran di kawasan Sungai Relai, di daerah ini, semalam.

Bergerak berkumpulan

Foto: Janaan AI

Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan bagi mengenal pasti situasi sebenar.

“Kami ada terima laporan dan sedang dalam siasatan serta pemantauan,” katanya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menasihatkan orang ramai khususnya pekebun di kawasan terlibat agar bergerak dalam kumpulan sebagai langkah keselamatan.

Katanya, kawasan tersebut difahamkan terletak berhampiran hutan simpan yang menjadi habitat haiwan liar.

“Jadi kami harap penduduk terutama pekebun di kawasan itu bergerak secara berkumpulan ketika masuk ke kawasan kebun mereka,” jelasnya.

Artikel lain: Bangkai Harimau Belang Disorok Dalam Kereta, Disyaki Untuk Dijual – PERHILITAN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi lima saat yang menunjukkan seekor harimau belang sedang berjalan di dalam sungai.

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Sungai Relai, kawasan yang sebelum ini turut pernah merekodkan kelibat haiwan liar tersebut oleh penduduk setempat.

Sumber: Harian Metro (Paya Linda Yahya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd