Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Usaha Lestarikan Alam Sekitar, Nik Nazmi Ucap Selamat Menyambut Hari Bumi

Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Bumi yang disambut di seluruh dunia pada Isnin.

Menerusi satu kenyataan, Nik Nazmi berkata bahawa Sambutan Hari Bumi merupakan sambutan tahunan dunia yang telah disertai oleh 193 buah negara dan disambut pada setiap tahun.

Foto: FB Nik Nazmi

“Sambutan ini adalah bertujuan menunjukkan sokongan setiap individu dan negara terhadap usaha-usaha dalam melestarikan alam sekitar.
“Tema Hari Bumi pada tahun ini adalah Planet vs. Plastics yang membawa mesej yang jelas berhubung tanggungjawab kita dalam memulihara dan memelihara bumi yang kita warisi ini,” katanya.

Beliau berkata, pencemaran plastik tidak boleh dipandang enteng kerana memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk menguraikan sisa plastik secara semula jadi sekali gus memberitahu kerjasama semua pihak diperlukan bagi menguruskan dan menangani perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya telah mengarahkan agar undang-undang yang mengawal pencemaran plastik disemak semula untuk mengukuhkan langkah-langkah menangani pencemaran plastik,” ujarnya.

Foto: Google

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut berkata bahawa kerajaan mempunyai Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia dalam tempoh 2021 hingga 2030 dan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna sepanjang tempoh 2018 hingga 2030 hadapan.

“Selain itu, mengusahakan dasar kebangsaan mengenai pengeluaran, penggunaan dan sisa plastik yang akan selaras dengan Perjanjian Plastik Global (GPT) yang masih dalam proses rundingan.
“Malaysia setakat ini telah mengambil bahagian dalam empat pusingan rundingan antarabangsa mengenai GPT di Jawatankuasa Rundingan Antara Kerajaan untuk Membangunkan Instrumen Antarabangsa Yang Mengikat Secara Sah mengenai Pencemaran Plastik, Termasuk dalam Alam Sekitar Marin (INC),” tambahnya lagi.

Beliau juga melaporkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang mengetuai delegasi Malaysia ke siri rundingan INC keempat di Ottawa, Kanada yang akan bermula pada 23 hingga 29 April 2024.

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Nik Nazmi berharap agar semua pihak terutamanya orang awam bekerjasama dalam menangani masalah pencemaran plastik seperti membudayakan penggunaan beg kitar semula dan menghindari penggunaan plastik sekali guna.

“Saya berharap agar usaha usaha hebahan dan promosi berkaitan kelestarian alam sekitar dan kempen hindari penggunaan plastik sekali guna dapat terus dipertingkatkan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dan seterusnya menjadi amalan dan budaya gaya hidup lestari dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Untuk makluman, Hari Bumi diadakan dan disambut setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd