Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Usah Boikot! McDonald’s Malaysia Tak Beri Sumbangan Kepada Israel – Mufti Pulau Pinang

boikot McDonald's Malaysia

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan orang ramai supaya tidak boikot syarikat makanan segera, McDonald’s Malaysia, lapor Harian Metro.

Tak perlu boikot McDonald’s Malaysia

Jelas beliau, pihak pengurusan syarikat pemilik rangkaian francais McDonald’s Malaysia, Reza Food Services Co Ltd (RFS) sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Wan Salim berkata, orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat yang didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan menyakinkan.

“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan. Selain itu, syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri,”ujarnya.

Boikot McDonald's Malaysia

Artikel lain: Tindakan Boikot Tak Patut, Tuduhan Kepada McDonald’s Fitnah Besar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menasihati untuk tidak menganiaya pihak lain dalam membela pihak yang teraniaya.

“Jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Sebelum ini, Wan Salim menasihati masyarakat Islam menunjukkan semangat setiakawan dan simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin dengan memboikot mana-mana syarikat dan produk berkaitan Israel.

Ujar beliau, tidak salah jika seorang Islam yang tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan, maka dibenarkan bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.

“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia, hanya perlu rajin mencarinya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihati untuk memboikot sesuatu syarikat berdasarkan bukti yang jelas dan menyakinkan, tanpa berlandaskan sangkaan.

Boikot McDonald's Malaysia

Semalam, portal melaporkan Pengurus Besar RFS, Abdulrahman Alireza menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang besar disamping menganggap tindakan memboikot McDonald’s Malaysia tidak patut dilakukan.

Tegasnya, McDonald’s merupakan sebuah jenama antarabangsa dan sekiranya mereka mempunyai pendirian politik atau agenda tertentu, perkara itu tidak akan memberikan faedah baik kepada pelabur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, syarikat berkenaan mengalami kemerosotan jualan sejak gerakan boikot diadakan sejak konflik bermula pada Oktober lalu.

McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan sebanyak RM1 juta untuk membantu rakyat Palestin, selain terlibat dalam banyak program tanggungjawab sosial melibatkan banyak pihak.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat. Menerusi hantaran...

Dunia

Amaran mengenai fenomena  ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan telah dikeluarkan oleh beberapa orang saintis dan dijangka cukup kuat. Mungkin...

Spotlight

Video penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan suami barunya, Tiko Aryawardhana di ‘after party’ usai dari majlis resepsi perkahwinan mereka telah tular ...

Dunia

11 pendaki ditemukan maut susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat dan tiga lagi pendaki ditemukan selamat oleh penyelamat Indonesia. Menurut laporan Reuters,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.