Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tiga Lelaki Selamat Tiba Di Mekah, Tempuh Lebih 200 Hari Perjalanan Menaiki Kuda

Tiga lelaki dari Sepanyol selamat tiba di Mekah setelah menempuh perjalanan sejauh lebih 8,000 kilometer dengan menunggang kuda bagi menunaikan ibadah haji.

Tiga lelaki berkuda selamat tiba di Mekah

Tiga lelaki berkuda selamat tiba di Mekah

Perjalanan tersebut dilakukan bagi mempraktikkan semula tradisi umat Islam Andalusia dalam mengerjakan haji dengan memahami erti makna sebenar pengorbanan.

Tempoh perjalanan yang mengambil masa lebih tujuh bulan itu dimulai dari Sepanyol dengan merentasi sebanyak 13 buah negara iaitu Perancis, Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia, Herzegovina, Montenegro, Kosovo, Macedonia Utara, Bulgaria, Greece, Turkiye, Syria, dan Jordan.

Memetik laporan Middle East Eye, tiga lelaki yang dikenali sebagai Abdallah Hernandez, Abdelkader Harkassi, dan Tariq Rodriguez selamat tiba di Tanah Suci setelah melalui lebih 200 hari tempoh perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rodriguez berkata perjalanan ini bukan sahaja untuk menunaikan ibadah haji tetapi ingin menguatkan lagi kepercayaan dan keimanan kepada Allah dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan.

Tiga lelaki berkuda selamat tiba di Mekah

“Kami mahu melihat laluan sejarah umat Islam Andalusia yang sudah berusia 500 tahun lalu. Perjalanan ini membuktikan selagi iman dan kepercayaan kepada-Nya masih ada tiada yang mustahil untuk dilalui,” kata Rodriguez, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa sebak apabila melihat Kaabah buat pertama kali menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

“Saya tidak mampu untuk mengucapnya dengan kata-kata. Selama ini seolah-olah Kaabah itu terlalu jauh untuk dicapai tetapi kini kami boleh menyentuhnya,” tambahnya lagi.

Menurut Hernandez pula, dia telah menanam impian ini selama 36 tahun dan menganggap perjalan itu merupakan pengembaraan yang penuh bermakna dan tidak boleh dilupakan.

“Setiap dugaan merupakan ujian Allah, ada masa kami hampir menyerah tetapi dengan ketentuan-Nya kami meneruskan juga perjalanan ini,” ucap Hernandez.

Sementara itu, dia juga mendedahkan bahawa Bosnia dan Herzegovina merupakan lokasi paling cantik yang dilalui mereka dan berkongsi persamaan budaya antara Turkiye dan Sepanyol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga lelaki berkuda selamat tiba di Mekah

“Perjalanan ini menghidupkan semula tradisi Islam Sepanyol dan membuka pandangan baru buat masyarakat terhadap Islam dan haji.
“Kami mahu buktikan umat Islam boleh bersatu bagi tujuan yang mulia. Kami sampai di Mekkah, menyentuh Kaabah dan melihat sendiri keajaiban Allah,” jelasnya.

Sehubungan itu, Harkassi turut mengucapkan penghargaan buat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta mereka yang memberi sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan ke Mekah.

“Kami berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang jalan dan kami juga belajar daripada penduduk yang telah kami temui.
“Allah sentiasa ada untuk membuka jalan buat kami dan tiada yang mustahil bagi-Nya,” kata Harkassi.

Artikel lain: 99 Jemaah Haji Terkena Jangkitan Pneumonia Di Mekah – Kementerian Kesihatan Indonesia

Untuk info, kuda-kuda itu telah ditempatkan di sebuah pusat kuda di Riyadh manakala mereka dijadualkan akan berangkat pulang ke Eropah menaiki kapal terbang ekoran halangan peraturan antarabangsa.

Sumber: Middle East Eye

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd