Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tahniah! Muhamad Norazlan Dilantik Panglima Tentera Udara Ke-21, Ganti Asghar Khan

Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris kini secara rasmi menggalas tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) yang baharu, menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang menamatkan perkhidmatan selepas lebih 40 tahun bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut laporan Kosmo! Online, pelantikan Muhamad Norazlan sebagai PTU ke-21 dimuktamadkan dalam satu Upacara Serah Terima Tugas yang berlangsung di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Panglima Tentera Udara

Panglima Tentera Udara

Foto: Bernama

Majlis itu turut menyaksikan upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Muhamad Norazlan yang disempurnakan oleh isterinya bersama Mohd Asghar Khan, dan disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan warga TUDM atas kerjasama serta sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Artikel lain: Mahasiswa Bakar Karikatur : MPPK Hargai Pendekatan PM Anwar, Bukti Ihsan Kerajaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Panglima Tentera Udara

Foto: Bernama

Beliau menyifatkan kejayaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatannya adalah hasil semangat berpasukan dan dedikasi semua pihak dalam organisasi.

“Semua kejayaan tidak dapat dicapai tanpa kerja berpasukan dan sokongan seluruh warga TUDM. Kejayaan seorang Panglima adalah cerminan kekuatan dan dedikasi warga yang dipimpinnya.
“Saya berdiri di sini dengan penuh rasa bangga kerana diberi kesempatan memimpin pasukan yang begitu unggul dan berdedikasi,” ujarnya.

Foto: Bernama

Sumber: Kosmo! Online (Marlia Zakaria)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd