Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kontrak Pearly-Thinaah Dijangka Muktamad Sebelum 15 Julai – Tengku Zafrul

Isu kontrak antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, dijangka mencapai kata putus sebelum kejohanan Terbuka Jepun yang bermula pada 15 Julai ini.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan perbincangan antara kedua-dua pihak kini berada di fasa akhir dan hanya tinggal beberapa perkara kecil untuk dimuktamadkan.

kontrak

Foto: Carian Google

“Kita sudah bersetuju bahawa Pearly-Thinaah memainkan peranan penting dalam pembangunan badminton negara. Hampir semua isu utama telah diselesaikan, tinggal satu dua perkara kecil sahaja lagi.
Insya-Allah, semuanya akan selesai sebelum Terbuka Jepun,” katanya.

Artikel lain: Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Kecundang, Tewas Kepada Beregu China

Tambah beliau, tempoh masa untuk mencapai persetujuan telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pemain.

“Kami mahu pastikan mereka dapat terus menyumbang kejayaan dan kekal fokus pada prestasi,” ujarnya.

kontrak

Kontrak Pearly-Thinaah bersama BAM sebelum ini tamat pada Disember tahun lalu dan perbincangan mengenai lanjutan kontrak sudah berlarutan selama lebih enam bulan tanpa kata putus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas sama ada isu melibatkan tuntutan imbuhan tinggi menjadi antara punca kelewatan, Tengku Zafrul menjelaskan perkara itu adalah sebahagian daripada rundingan biasa dalam dunia sukan profesional.

kontrak

Foto: Utusan Malaysia

“Itu perkara biasa dalam perbincangan kontrak. Apa yang penting, pendekatan perlu diperhalusi agar tiada pihak yang rugi.
“Bagi saya, kita perlu menetapkan sasaran prestasi. Jika mereka mampu capai kejayaan lebih besar, maka ganjaran juga wajar setimpal,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Amirul Fazli Zulkafli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd