Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Fahmi Reza Dakwa Tak Dibenar Masuk Sabah, Dapat Surat Dari KM -“Kena Halau Lagi”

Aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza mendakwa dirinya sekali lagi dihalang daripada memasuki Sabah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.

Fahmi Reza memuat naik larangan tersebut di media sosial

Menerusi perkongsian di media sosial, Fahmi memuat naik gambar notis larangan masuk yang diterima sebaik sahaja tiba, dan mendakwa arahan itu datang dari pihak atasan.

“Kena halau dari Sabah lagi. Kali ni dihalau dengan surat rasmi larangan masuk yang datang terus dari Pejabat Ketua Menteri Sabah,” tulisnya.

Fahmi Reza dapat notis dari Pejabat Ketua Menteri Sabah

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai tujuan kedatangan Fahmi ke Sabah kali ini, namun insiden ini bukanlah yang pertama melibatkan beliau.

fahmi reza

Artikel lain: Fahmi Reza Bebas Lokap Sabah, Dihantar Pulang Ke Semenanjung

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hujung Disember lalu, Fahmi pernah ditahan ketika cuba mendarat di Kota Kinabalu, dipercayai susulan penyebaran karikatur yang menggambarkan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Musa Aman, sebagai individu korup.

Beliau kemudian diarahkan pulang awal Januari.

Untuk rekod, Musa pernah didakwa dengan 46 pertuduhan jenayah berkaitan konsesi balak pada tahun 2018, namun kesemua pertuduhan itu digugurkan pada 2020.

Sumber: Instagram kuasasiswa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd