Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hamidin Tak Dapat Gaji, Dilantik Presiden Kehormat FAM Seumur Hidup

Hamidin Tak Dapat Gaji

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM secara sukarela tanpa menerima sebarang bayaran gaji.

Pelantikan itu diumumkan selepas Kongres Luar Biasa Pertama FAM 2025 yang berlangsung semalam, menjadikan Hamidin individu kedua menerima gelaran itu selepas Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang dianugerahkan gelaran sama pada tahun 2014.

Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang Undang FAM, N Saaran berkata pelantikan Hamidin dibuat mengikut Artikel 22 Statut FAM yang membolehkan Kongres menganugerahkan gelaran Presiden Kehormat atau Ahli Kehormat kepada individu yang memberi sumbangan cemerlang dalam pembangunan bola sepak negara.

“Mengikut statut, jawatan beliau adalah seumur hidup tetapi akan dibawa sebagai agenda dalam setiap kongres untuk diperbaharui. Memandangkan jawatan itu adalah Presiden Kehormat, maka secara automatik beliau tiada apa apa gaji.
“Presiden Kehormat mengikut statut, beliau hanya memberi nasihat atau pandangan mengikut pengalaman yang beliau ada.
“Namun, semua keputusan akan dibuat oleh EXCO dan Presiden Kehormat juga tiada hak mengundi dalam sebarang keputusan,” katanya.

Artikel lain: Terima Pengiktirafan Tertinggi, Hamidin Dilantik Presiden Kehormat FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hamidin Tak Dapat Gaji Presiden Kehormat FAM

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam kenyataannya berkata pelantikan Hamidin dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luas beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam pembangunan bola sepak di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Untuk rekod, Almarhum Sultan Ahmad Shah pernah berkhidmat sebagai Presiden FAM selama 30 tahun dari tahun 1984 hingga 2014, sebelum dianugerahkan sebagai Presiden Kehormat FAM.

Sumber: BH Online (Zulfaizan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd