Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terima Pengiktirafan Tertinggi, Hamidin Dilantik Presiden Kehormat FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Tan Sri Hamidin Mohd Amin secara rasminya dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM menerusi Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025.

Menerusi satu kenyataan rasmi FAM, pelantikan tersebut yang diumumkan pada pagi tadi merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat insan yang pernah memacu badan induk itu sebagai presiden sejak 2018.

Hamidin dilantik Presiden Kehormat FAM

Presiden Kehormat FAM

Foto: Berita Harian

Menurut FAM, pelantikan itu bukan dibuat secara sembarangan namun ia berpaksikan pengalaman, kredibiliti serta rekod cemerlang Hamidin dalam memperkasa bola sepak tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuk menjalin hubungan erat dengan badan bola sepak antarabangsa seperti Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Artikel lain: Saluran Jantung Tersumbat Punca Pesara Tentera Meninggal Dunia Di Masjid – Polis

FAM turut memaklumkan, langkah mengangkat Hamidin ke jawatan kehormat itu dibuat berdasarkan Artikel 22 Statut badan induk bola sepak yang membenarkan Kongres menganugerahkan gelaran tersebut kepada individu yang pernah memegang jawatan Presiden dan memberi sumbangan luar biasa.

Dalam pada itu, sebagai Presiden Kehormat, Hamidin diberi peranan sebagai penasihat strategik kepada Jawatankuasa Eksekutif, Jawatankuasa Tetap dan Sekretariat FAM disamping boleh menghadiri mesyuarat rasmi walaupun tanpa hak mengundi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook FAM

Hamidin juga akan bertindak sebagai duta rasmi FAM dalam acara domestik mahupun antarabangsa dan membawa nama Malaysia di pentas global dan menjadi jambatan hubungan diplomatik sukan.

Sekadar info, hanya satu nama lain yang pernah memegang jawatan sama iaitu Almarhum Sultan Ahmad Shah yang menjadi Presiden FAM selama 30 tahun (1984-2014) sebelum baginda diberi gelaran Presiden Kehormat pada 2014.

Kini, selepas 11 tahun, sejarah kembali berulang dan Hamidin secara simbolik menyambung legasi Presiden Kehormat, membuktikan besarnya jasa beliau  terhadap bola sepak negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FAM

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd