Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Identiti Tiga Beranak Mereput Pasangan Suami Isteri, Anak

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memaklumkan identiti ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri masing-masing berusia 61 dan 59 tahun serta anak lelaki mereka berumur 30 tahun.

mati mengejut

Foto: Sinar Harian

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan pada jam 4.53 petang daripada seorang individu yang memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah jiran bersebelahan.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat anak lelaki tersebut mempunyai kesan torehan pada lengan kanan, manakala tiada sebarang kesan mencurigakan ditemui pada mayat kedua-dua ibu bapanya,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Balai Polis Jalan Campbell bersama sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Pihak bomba terpaksa memotong mangga pagar rumah sebelum menemui ketiga-tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur berasingan,” ujarnya.
polis

Foto: Carian Google

Tambahnya, pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik turut menemukan empat bilah pisau yang mempunyai kesan darah serta pelbagai jenis ubat-ubatan yang telah digunakan, diletakkan di atas meja ruang tamu rumah berkenaan.

Artikel lain: Guru Meninggal Sendirian Dalam Rumah Didakwa Kemurungan, Terjerat Hutang Along

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan rasmi bedah siasat,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Adi Khusaini bin Saripudin di talian 012-7707282 atau Hotline IPD Seremban di 06-6033222.

polis

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, seorang jiran mangsa memaklumkan kali terakhir beliau melihat salah seorang daripada mereka adalah pada Jumaat lalu ketika mangsa datang ke rumahnya untuk memberi makan kepada anjing.

“Selepas itu, saya tidak nampak kelibat mereka dan menyangka mereka tiada di rumah atau mungkin bertugas di luar kawasan,” katanya.

Kehilangan tiga ahli keluarga sekaligus dalam keadaan mengejut turut mengejutkan jiran tetangga yang mengenali mereka, lebih-lebih lagi apabila kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tanpa sebarang tanda awal yang mencurigakan.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd