Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Mohon ampun dengan Allah” -Bapa Nurly Tegur Tindakan Ambil Tanah Kubur Buat Azimat

Bapa Nurly Sahirah Azman, Azman Mohamad, tampil memberi teguran terbuka kepada orang ramai agar menjaga adab ketika menziarahi kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Besut.

Bapa Nurly

Bapa Nurly mohon sedekah al-Fatihah, jangan buat perkara syirik

Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau berkata demikian susulan dakwaan ada individu mengambil tanah kubur arwah untuk dijadikan azimat.

“Saya tidak pasti kerana banyak masa berada di rumah tetapi jika ada yang berbuat demikian (ambil tanah kubur), mereka perlu minta maaf dan memohon keampunan Allah.
“Tindakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat bertentangan dengan ajaran Islam kerana boleh mendatangkan khurafat dan syirik serta berdosa besar.
“Cukup sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, tidak perlu buat perkara tidak sepatutnya,” katanya.

Bapa Nurly tak halang sesiapa ziarah pusara, cuma jaga tatasusila

Azman menjelaskan mereka sekeluarga tidak menghalang sesiapa yang ingin menziarahi, namun menegaskan tatasusila perlu dijaga agar tiada perbuatan yang menyalahi agama berlaku.

Katanya, kawasan tanah perkuburan itu berada di bawah Pejabat Agama Daerah Besut, namun keluarga telah memasang tali penghadang di sekeliling kubur sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekarang ada wakil Pejabat Agama Daerah Besut membuat rondaan waktu malam di kawasan kubur untuk mengelak perkara tidak sepatutnya.
“Kita bimbang jika keadaan tidak terkawal, pihak berkenaan boleh mengunci pintu pagar tanah perkuburan ini,” ujarnya.

Keluarga mohon diberi ruang berehat

Dalam masa sama, Azman turut memohon maaf kepada pengunjung yang mungkin tidak dapat dilayan kerana jumlah kehadiran yang sangat ramai.

“Jumlah pengunjung setiap hari sangat ramai, tidak terlayan. Saya mohon maaf sekiranya berlaku kekurangan,” katanya.

Artikel lain: Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Sebelum ini, ahli keluarga allahyarham Nurly menyatakan bahawa ibu bapa kepada penuntut UPSI yang maut dalam nahas bas tempoh hari tidak dapat menerima tetamu bermula 2 Julai hingga 5 Julai nanti memandangkan tidak putus dikunjungi tetamu sejak pemergian allahyarham.

Mereka memohon agar pihak keluarga diberi ruang untuk berehat dan bersama keluarga susulan kunjungan tidak putus orang luar yang datang bagi menziarahi keluarga serta pusara allahyarham Nurly.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd