Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tunjuk Isyarat Lucah, Ronaldo Bakal Berdepan Hukuman

Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo bakal berdepan hukuman susulan tindakannya yang menunjukkan isyarat lucah sewaktu membantu pasukannya, Al Nassr mendahului Al Shabab 3-2 dalam perlawanan menarik di Liga Pro Saudi, kelmarin.

Bantu pasukan meledak gol

Memetik laporan dari Mail Online, Ronaldo telah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 sebelum Talisca meledak dua gol untuk memastikan tiga mata penuh berjaya di bawa pulang biarpun tuan rumah cuba bangkit dengan dua lagi jaringan.

Ronaldo bakal berdepan hukuman, tunjuk isyarat lucah rai kemenangan

Walau bagaimanapun, tindakan pemain kebangsaan Portugal tu meraikan kemenangan dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Al Shabab sewaktu wisel penamat ditiup telah mendapat kritikan ramai.

Ronaldo bakal berdepan hukuman, terima kritikan

Menurut pengacara televisyen terkemuka Saudi,  Waleed Al Farraj, semua perkara perlu ada had tidak kisahlah betapa terkenalnya seseorang itu.

Jadi, dia meminta orang ramai menanti dan melihat tindakan apa yang bakal dikenakan terhadap bintang antarabangsa itu.

“Jawatankuasa Disiplin sedang berdepan ujian terbesar. Mereka (FA) akan tunggu dan lihat,” 
“Semuanya ada hadnya, tidak kira betapa terkenalnya anda. Beginilah liga utama,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, setakat ini pihak pengurusan tertinggi Al Nassr enggan mengulas lanjut dan hanya mengunci mulut tentang insiden itu.

Sumber: Mail Online, X TF_video, waleedalfarraj

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd