Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tujuh Bulan Tinggal Di Malaysia, Wanita Jepun Dipuji Fasih Berbahasa Melayu

Seorang wanita warganegara Jepun dipuji warganet selepas tular video dia fasih bertutur dalam bahasa Melayu meskipun hanya tujuh bulan menetap di Malaysia.

Wanita Jepun fasih bahasa Melayu

Menerusi satu video temu ramah, wanita Jepun berkenaan menyatakan dia sangat suka akan Malaysia dan menetap di Dungun, Terengganu dalam tempoh yang singkat.

Kongsi wanita berkenaan, dia datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pembantu guru bahasa Jepun di salah sebuah sekolah menengah terletak di daerah Dungun.

“Sewaktu saya di Malaysia, saya bekerja sebagai pembantu guru bahasa Jepun.
“Sebagai pembantu, saya membantu para pelajar di sana bertutur dalam bahasa Jepun,”ujarnya.

Jepun fasih Melayu

Artikel lain: AI Bantu Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga berkongsi pengalamannya sebagai pembantu guru bahasa Jepun ketika berada di Malaysia sepanjang tujuh bulan.

Dia berkata, dia sangat sayang dengan para pelajarnya di negeri Pantai Timur, selain tidak menafikan mempunyai masalah pertuturan dalam memahami loghat Terengganu yang agak berlainan daripada bahasa Melayu baku.

Apa yang lebih menarik, wanita tersebut mendedahkan dia berdepan dengan kejutan budaya sewaktu berada di Malaysia iaitu ‘janji Melayu’.

Menurutnya, ‘janji Melayu’ tersebut adalah satu bentuk perjanjian yang dilakukan oleh seseorang namun tidak menepati waktu yang ditetapkan oleh mereka sewaktu berjumpa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@dari_malaysia_

Saya dapat interview wanita Jepun yang fasih berbahasa melayu!! #malaysiatiktok #fyp #koujijepun

♬ original sound – 【Dari Japan】 – 【Dari Japan】

Fasih sangat!

Rata-rata warganet memuji penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh wanita berkenaan selain terharu selepas mengakui berdepan dengan ‘janji Melayu’ sewaktu bermastautin di Malaysia.

Jepun fasih Melayu Jepun fasih Melayu Jepun fasih Melayu

Sumber: TikTok @dari_malaysia_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd