Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berita Baik Buat Rakyat! Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Di ATM Mulai 1 Julai

Berita gembira buat rakyat Malaysia apabila caj RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin teler automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) akan dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan bersama oleh Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Boleh keluarkan wang tanpa caj di lebih 14,000 ATM

Menerusi kenyataan dikeluarkan, pemegang kad debit kini boleh mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad mereka serta menikmati pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) itu dilihat sebagai usaha berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan berpatutan kepada semua pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ringankan beban rakyat

ABM, AIBIM dan ADFIM menjelaskan bahawa wang tunai masih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian ramai rakyat Malaysia, justeru akses kepada perkhidmatan tersebut perlu dipermudahkan.

Pemansuhan caj pengeluaran tunai antara bank itu juga mencerminkan komitmen industri perbankan dalam memastikan rakyat mempunyai akses yang mudah, dipercayai dan berpatutan kepada perkhidmatan kewangan, selain membantu mengurangkan beban kos harian.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha sektor perbankan untuk terus menyokong semua lapisan masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan yang praktikal dan berfokuskan pelanggan.

Gambar sekadar hiasan

Sokong pembayaran digital

Walaupun penggunaan wang tunai masih relevan, industri perbankan turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai yang semakin meluas di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan perkembangan Malaysia ke arah ekonomi digital, bank-bank akan terus memperkukuhkan serta mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah digunakan untuk urusan harian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, industri perbankan kekal komited untuk memberikan kebebasan kepada pelanggan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing, di samping memperkukuhkan keterangkuman kewangan dan pengalaman perbankan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Sumber: Website ABM

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd