Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof (TPM Fadillah) akan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Republik Turkiye dan London dari 22 hingga 25 April 2025 dalam usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang tenaga.

TPM Fadillah

TPM Fadillah akan ke Turkiye terlebih dahulu

Difahamkan, lawatan ke Turkiye pada 22 April adalah susulan kunjungan rasmi Presiden Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia Februari lalu.

Sepanjang lawatan ini, Fadillah akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Presiden Turkiye, TYT Cevdet Yilmaz dan Menteri Tenaga serta Sumber Asli, TYT Alparslan Bayraktar.

Ia bertujuan meneroka potensi kerjasama dua hala dalam sektor peralihan tenaga, terutamanya selepas pertukaran Surat Hasrat antara kedua-dua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadillah juga akan mengadakan lawatan ke syarikat GEAS bagi menilai peluang kerjasama strategik dalam bidang teknologi tenaga. Turkiye kini antara pengeluar utama tenaga boleh baharu (TBB) di Eropah, dengan lebih 50% tenaga elektrik dijana daripada sumber bersih seperti solar, hidro dan geotermal.

Misi PETRA diteruskan apabila TPM Fadillah terbang ke London pula

Misi PETRA diteruskan ke London, di mana beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Summit on the Future of Energy Security anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan Kerajaan United Kingdom pada 24 dan 25 April 2025.

Sidang ini menghimpunkan pemimpin dunia, pembuat dasar dan agensi berkaitan untuk membincangkan keselamatan bekalan tenaga, kestabilan geopolitik serta pembangunan teknologi tenaga masa depan.

Antara pemimpin antarabangsa yang bakal hadir ialah Perdana Menteri UK, TYT Sir Keir Starmer; Setiausaha Negara untuk Keselamatan Tenaga dan Net Zero UK, TYT Ed Miliband serta Pengarah Eksekutif IEA, Dr. Fatih Birol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TPM Fadillah

Artikel lain: PETRA Perkenal Program CREAM, Penuhi Komitmen ESG Pengunaan Tenaga Elektrik Hijau

Penyertaan Fadillah bukan sahaja memperkukuh peranan Malaysia di peringkat global, malah menegaskan komitmen negara terhadap peralihan tenaga, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan aspirasi membangunkan sektor rendah karbon.

Selain menyertai sesi utama, Fadillah turut dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri tenaga serta ketua organisasi antarabangsa, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dalam tenaga hijau.

Misi ini dijangka memberi impak positif kepada hala tuju PETRA dan memperkukuh hubungan strategik Malaysia dengan negara luar dalam usaha menangani cabaran serta membentuk masa depan tenaga yang lebih lestari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd