Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Jalan Singkat, Anthony Loke Minta Rakyat Jangan Tertipu Lesen Terbang Palsu!

Kementerian Pengangkutan meminta kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket penipuan yang menawarkan lesen terbang palsu di media sosial.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan ia merupakan taktik baharu yang digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa sehingga mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

Tegasnya, tiada jalan singkat atau mudah untuk mendapatkan lesen memandu kecuali mengikut saluran ditetapkan di sekolah memandu bertauliah.

“Kalau mana-mana pihak kata mereka boleh beri lesen (memandu) dengan cara mudah tanpa perlu pergi ke kelas dan menjalani ujian memandu, ia adalah skim penipuan.
“Sekarang memang banyak penipuan, mereka hendak tipu duit mangsa tetapi lesen (memandu) tidak dapat,” katanya.

Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kewujudan sindiket lesen terbang palsu yang semakin berleluasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sebaik sahaja mangsa memberikan wang pendahuluan, sindiket akan menghilangkan diri dan berhenti daripada berhubung tanpa menyerahkan dokumen yang sepatutnya.

Ekoran itu, Anthony menyeru kepada orang ramai untuk tidak mudah percaya dnegan pakej-pakej yang ditawarkan selain menyerahkan wang dalam jumlah yang banyak,

“Kalau sindiket itu beri ­lesen terbang pun itu bukanlah yang sah. Ia bukan sahaja boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi boleh mengundang implikasi buruk sekiranya berlaku sesuatu di jalan raya kelak,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo! (Mohd Azli Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd