Connect with us

Infozon

Tiada Istilah Antara ‘Dua Darjat’, PM Thailand Dikenakan Kompaun Tak Pakai Pelitup Muka

Baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand iaitu Prayut Chan-o-cha telah dikenakan kompaun sebanyak 6,000 baht bersamaan RM782 kerana tidak memakai pelitup muka.

Tak pakai pelitup muka ketika bermesyuarat

Memetik laporan Astro Awani, beliau didapati bersalah tidak mengenakan pelitup muka ketika sedang bermesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.

Difahamkan lagi pihak berkuasa Bangkok menguatkuasakan perintah wajib pemakaian pelitup muka termasuk di dalam kenderaan melebihi seorang penumpang pada Isnin lalu.

Laporan berkenaan dibuat oleh Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang yang telah memuat naik ‘posting’ di laman sosial Facebooknya memaklumkan telah membuat aduan terhadap Perdana Menteri berkenaan kepada polis.

Didapati bersalah langgar peraturan

Hasil siasatan pihak polis mendapati Chan-o-cha bersalah kerana melanggar peraturan ditetapkan pihak kerajaan dan diminta membayar denda.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan menetapkan denda maksimum bagi kesalahan itu sebanyak 20,000 baht dan minimum 6,000 baht.

Sumber: Astro Awani (Khairunnisa Kasnoon)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending