Connect with us

Hi, what are you looking for?

Uncategorized

Syed Saddiq Persoal Isu RON95? Rafizi Tegas Angka Dibentang Hanya Anggaran

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan kerajaan perlu berhenti menggunakan taktik yang mengejutkan rakyat dengan pengumuman dasar yang belum muktamad.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan Malaysiakini, bekas Presiden Muda itu sekali lagi menjawab Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang membidas hujah awalnya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, semalam yang berdasarkan ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Belanjawan 2025 Jumaat lalu.

“Inilah masalahnya apabila kita umumkan dahulu dan fikir kemudian. Ini masalah kerana rakyat dah dengar ucapan perdana menteri.
“Mungkin menteri nak guna cara sama. Saya ingat sebelum ini bila dia nak naikkan diesel, dia kata, tak apa kita akan kejutkan rakyat,” katanya.

Semasa pengumuman belanjawan itu Jumaat lalu, Anwar mengumumkan kerajaan akan wujudkan pelaksanaan subsidi RON95 yang disasarkan mulai pertengahan tahun depan, namun 85 peratus rakyat ditegaskan akan terus menikmati subsidi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syed Saddiq juga mempersoal isu pengumuman yang dibuat sebelum butirannya disediakan selepas Rafizi dilaporkan berkata kumpulan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi masih ditarifkan.

Foto: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, Rafizi menegaskan cadangan belanjawan tersebut adalah kenyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk tahun akan datang, jadi angka yang dibentang hanyalah unjuran dan anggaran.

Rafizi sebelum ini mempertahankan pangkalan data Budi Madani sebagai tambahan kepada Hab Pangkalan Data Pusat (Padu), menjelaskan Padu tertumpu kepada penerima individu manakala Budi Madani mengukur pendapatan isi rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbahasan tersebut berlaku apabila Saddiq mengingatkan Rafizi berkenaan RM85 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan Padu.

Menurut Rafizi lagi, kerajaan akan menggunakan strategi yang sama, tidak akan memaklumkan awal kepada umum berkaitan sebarang keputusan mengenai penyelarasan subsidi petrol RON95.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd