Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Syarikat Australia Minat Labur RM24.5 Bilion Di Malaysia – Anwar Ibrahim

Beberapa syarikat terkemuka Australia berminat untuk melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada sebanyak RM24.5 bilion di Malaysia.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan beliau dengan lebih 20 syarikat Australia di Melbourne pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut.

Antara pelaburan besar berpotensi adalah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat Australia

Artikel lain: Dipersoal Tentang Hasil Pelaburan, Ini Respon Tengku Zafrul

Selain AirTrunk dan NextDC, syarikat lain yang menzahirkan komitmen untuk melabur ialah Lynas (bahan kimia) sebanyak RM1 bilion, Fortescue (tenaga boleh diperbaharui), Macquarie Group (perkhidmatan kewangan) dan Arnott’s Group (teknologi makanan).

“Kita dapat mengadakan pertemuan dengan pengurus utama 20 syarikat besar, termasuk 18 syarikat dan beberapa pengimport utama serta pelabur, jumlah keseluruhan yang memohon keizinan untuk teruskan pelaburan iaitu RM24.5 bilion.
“Ini satu kemajuan membanggakan dan menunjukkan minat Australia serta keyakinan mereka kepada dasar yang kita umumkan selama ini. Ini akan diberi ruang permulaan 1,200 tenaga mahir di Malaysia,” katanya.

Syarikat Australia

Anwar berkata jumlah potensi pelaburan yang akan memasuki Malaysia juga melebihi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Dari segi perdagangan, beliau berkata potensi jualan eksport Malaysia ke Australia bernilai lebih RM900 juta melibatkan produk seperti urea, kayu, makanan dan komponen elektrik yang dijangka diraih sempena lawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata usaha kerajaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan memberi keyakinan kepada pelabur dan ahli perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) bergambar bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese (enam, kiri) dan pemimpin Negara ASEAN pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne (MCEC), hari ini.

Sumber: BH Online (Shahrizan Salian)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd