Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sudah Lama Sakit, Penyanyi Lagenda, Tina Turner Meninggal Di Usia 83 Tahun

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat yang diberi jolokan Ratu Rock and Roll, Tina Turner dikhabarkan meninggal dunia pada usia 83 tahun. Pemergiannya telah dimaklumkan pada hari ini dalam satu kenyataan rasmi di Instagram miliknya.

Meninggal di usia 83 tahun

Penyanyi yang sentiasa mengeluarkan lagu hits sejak lima dekat bermula awal kemunculannya sekitar tahun 1960-an juga pernah meraih 8 kali penghargaan di Grammy Award.

View this post on Instagram

A post shared by Tina Turner (@tinaturner)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan muziknya dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.
“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua karya terbaiknya, muziknya…
“Tina, kami akan merindui awak sayang.” tulis kapsyen di Instagram.

Difahamkan, Tina Turner telah mengidap beberapa penyakit. Mendiang juga pernah didiagnosis kanser pada tahun 2016 dan melakukan pembedahan buah pinggang setahun selepas itu.

Turner mula mencetak nama dalam dunia muzik pada sekitar tahun 80-an menerusi album Private Dancer.

Sepanjang kariernya juga, Turner dikenali sebagai pelakon apabila berganding bersama aktor Mel Gibson pada tahun 1985 menerusi filem Mad max Beyond Thunderdome.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut pernah merilis biografi pertamanya yang menjadi laris secara global, I, Tina pada 1986 yang kemudian diadaptasi menjadi filem What’s Love Got to Do With It?, Angela Bassett menjadi dirinya pada 1993.

 

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd