Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sorok Kehamilan, Pelajar Malaysia Bunuh Dan Sumbat Bayi Dalam Kotak Bijirin

Seorang wanita telah disabitkan dengan kesalahan membunuh selepas memasukkan bayinya yang baru lahir ke dalam kotak bijirin dan menyembunyikannya dalam sebuah beg pakaian.

Menurut British Broadcasting Corporation (BBC), Jia Xin Teo, 22, dari Coventry, mendakwa mendengar suara-suara yang menyuruhnya membunuh atau mencederakan bayi tersebut, namun hujahnya ditolak oleh juri di Mahkamah Mahkota Warwick.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) menegaskan bayi tersebut masih hidup selepas kelahiran dan berpeluang untuk terus hidup, tetapi Teo membuat keputusan untuk meletakkannya dalam kotak bijirin dengan mengetahui tindakan itu akan membunuhnya.

Tertuduh yang tiba dari Malaysia pada awal tahun ini untuk melanjutkan pengajian di Universiti Coventry telah menyembunyikan kehamilannya daripada semua kenalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelajar yang menetap di Raglan Street itu telah melahirkan bayinya pada 4 Mac dalam tempoh matang sebelum meletakkannya dalam kotak bijirin, kemudian ke dalam beg plastik kedap udara dan akhirnya ke dalam beg pakaian.

Foto: Sinar Harian

Polis West Midlands dikerahkan ke kediamannya dua hari kemudian, selepas Teo tiba di hospital dengan tanda-tanda telah melahirkan bayi.

Walaupun pada mulanya menafikan, Teo akhirnya mengaku telah melahirkan bayi dan menyatakan ketakutannya sekiranya keluarga dan rakan-rakan di Malaysia mengetahui perkara tersebut yang mungkin menjejaskan pengajiannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

James Leslie Francis dari CPS menyatakan tertuduh sebenarnya tiba di UK dengan mengetahui kemungkinan akan melahirkan di negara tersebut dan mempunyai peluang untuk mendapatkan bantuan.

Namun, beliau memilih untuk merahsiakan kehamilannya dan bersalin bersendirian, selain berbohong kepada rakan-rakan, doktor hospital dan pihak polis untuk mengelak bayinya ditemui.

Tarikh hukuman untuk tertuduh akan ditetapkan kemudian.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Nasional

Kerajaan memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd