Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sistem Perakaunan Industri Sukan Lebih Terperinci Dengan Akaun Satelit Sukan – KBS

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Industri Sukan (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan Akaun Satelit Sukan yang bertempat di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya hari ini.

Menerusi satu kenyataan, KBS memaklumkan bahawa pelancaran akaun tersebut adalah untuk menyediakan sistem perakaunan yang terperinci mengenai industri sukan dalam negara.

Foto: FB JBSNegara

“Akaun ini akan menggunakan 73 Kod Industri Standard Malaysia (MSIC) bagi memberikan gambaran ekonomi yang lebih terperinci dan menyeluruh di luar penunjuk makroekonomi,” katanya.

KBS berkata, penggunaan Akaun Satelit Sukan bertujuan untuk menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik selain dapat menjejaki sumbangan dan pulangan yang diberikan industri sukan terutamanya kepada ekonomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, dapat menjadi rujukan yang relevan buat pembuat dasar terutamanya melibatkan kepentingan industri sukan dan membekalkan maklumat dan data yang sahih berkaitan industri sukan Malaysia terutamanya kepada pemegang taruh berkaitan,” ujarnya.

Foto: FB JBSNegara

KBS turut melaporkan akaun itu juga sebuah komitmen Kerajaan dalam memperkasakan pembangunan industri sukan di Malaysia seiring dengan aspirasi di bawah kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

Sementara itu, hasil industri sukan global pada tahun 2022 mencatatkan jumlah melebihi RM 1.8 trilion dan dijangka akan terus meningkat melebihi RM 2.8 trilion menjelang tahun 2028 sekali gus menunjukkan industri ini penting kepada pertumbuhan ekonomi.

“Berdasarkan Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022, nilai ditambah kasar industri sukan telah bertumbuh sebanyak 12.1 peratus pada 2022, berbanding 1.9 peratus pada tahun sebelumnya, dengan jumlah RM19.6 bilion.
“Nilai ini bersamaan dengan 1.34 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) pada tahun 2022,” jelasnya lagi.

Foto: FB JBSNegara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah KBS, akaun ini bukan hanya memberi penekanan terhadap KDNK sahaja, malah terdapat lagi iaitu Permintaan dan Penawaran Produk dan Perkhidmatan Sukan, Eksport Produk dan Perkhidmatan Sukan, Import Produk dan Perkhidmatan Sukan, Komponen Pendapatan Industri Sukan dan Guna Tenaga Dalam Industri Sukan.

Majlis itu disempurnakan oleh Hannah Yeoh dan turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Mohd Azhari Mohammad.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Seorang wanita dilaporkan ditangkap basah oleh suaminya apabila didapati curang dengan seorang lelaki lain di dalam bilik tidur mereka sendiri ketika pasangan halalnya itu...

Dunia

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan mengembalikan aset yang dikaitkan dengan dana Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta)...

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd