Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Siap Hadiahkan Pantun, Coldplay Akui Peminat Malaysia Antara Terbaik Di Dunia!

Kumpulan rock terkenal, Coldplay akui terkejut dengan sambutan luar biasa daripada puluhan ribu penonton yang hadir membanjiir konsert jelajah dunia Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Vokalis Coldplay, Chris Martin berkata peminat Malaysia yang datang menonton konsert mereka  adalah antara yang terbaik di dunia.

Malah, dia juga tidak menyangka Coldplay mempunyai ramai peminat di Malaysia.

“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal? Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Coldplay

Malah, dia juga berterima kasih kepada peminat Coldplay di Malaysia yang setia menunggu, selain sanggup berhujan dan datang dari jauh demi bertemu  mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini dapat dilihat apabila ramai penonton tidak berganjak sehingga sanggup basah kuyup selain bersiap sedia memakai ‘baju hujan’.

“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya lagi.
@nurulftyn93

Kesian chris Martin perform tengah hujan #coldplay #coldplaymalaysia

♬ original sound – Nurulfatynnrazali – Nurulfatynnrazali

@gadisicemocha

Hujan Malaysia pun dia boleh buat lagu 🤣 Ikut hang la Chris yang penting konsert Coldplayyyyy letopann !!! #coldplay #coldplaymalaysia #coldplaymusicofthespheres #malaysiarain #chrismartin #hujan #fypシ #fypmalaysia #tiktokmalaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – 🪐°•. 💫°•. – 🪐°•. 💫°•.

@faqrulramlan

tetap pergi duduk luar stadium nak dengar coldplay walau hujan #coldplay #coldplaymalaysia #concert #fyp @coldplay

♬ original sound – sha? – siyan

Sememangnya penantian peminat bertemu Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buchland, Guy Berryman dan Will Champion adalah berbaloi dan pastinya menjadi pengalaman paling indah dalam hidup mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kugiran rock itu juga menghadiakan pantun istimewa yang dipersembahkan oleh Chris Martis sendiri.

“Pergi ke kedai membeli sayur,

“Masak Tomyam bersama bonda,

“Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,

‘Payung lagu favourite anda,” kongsinya.
@astrogempak

Pantun abang Chris Krdt: Hitz #coldplay #coldplaymalaysia #sembangentertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

Penonton juga disajikan dengan sesi pertunjukan letupan bunga api yang menghiasi kemerian persembahan selain pementasan yang penuh berwarna-warni dan prop menarik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara lagu yang dipersembahkan adalah seperti Fix You, Yellow, The Scientist, Viva La Vida, My Universe, Clocks, In My Place, Paradise dan banyak lagi.

Untuk makluman, Malaysia merupakan destinasi terakhir bagi konsert jelajah dunia mereka pada tahun ini.

Artikel lain: ‘Suis Pemati’ Digunakan Dalam Konsert Coldplay Jika Langgar Garis Panduan -Fahmi

Artikel lain: Penganjur Konsert Coldplay Di Malaysia Mohon Penonton Berhemah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd