Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rafizi Ramli Anggap Kongres AMK, Wanita Tak Beradab, Langgar Proses Dan Hierarki Parti

Rafizi Ramli anggap Kongres AMK, Wanita tak beradab

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli enggan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR semalam kerana menganggap kedua-dua sayap parti itu tidak beradab dengan melanggar proses dan hierarki parti.

Rafizi Ramli anggap Kongres AMK, Wanita tak beradab

Rafizi Ramli anggap Kongres AMK, Wanita tak beradab

Foto: Astro Awani

Memetik laporan Utusan Malaysia, Rafizi berkata tidak adil jika dirinya menerima perbuatan tersebut dengan memenuhi jemputan sempena Kongres Nasional PKR kali ini.

“Setiap organisasi  dilihat dari sudut adab dan hierarki, kepada proses dan prosedur. Jadi, adalah tidak adil apabila perkara itu dibuat untuk ketepikan saya dan menganggap saya terima semuanya.
“Mereka buat pelancaran kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bertindih dengan jadual kempen pemilihan saya agar ahli-ahli tidak hadir. Sedangkan saya Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR.
“Izzah (Nurul Izzah Anwar) dan Amir (Datuk Seri Amirudin Shari) paksa PKR Sabah buat begitu. Bagi saya, itu adalah satu tindakan low blow, below the belt (tidak beretika),” kata Rafizi di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, hari ini.

Rafizi Ramli anggap Kongres AMK, Wanita tak beradab

Ahli Parlimen Pandan itu memaklukan, beliau sudah bersedia menerima keputusan melibatkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya bersama Nurul Izzah.

“Bukan soal menang kalah, tetapi sebarang keputusan saya akan terima. Tidak timbul soal taat kepada parti kerana sesiapa yang kalah akan terus bekerja untuk parti.
“Sebaliknya, intipati perjuangan asas PKR itu perlu dipertahankan, parti ini tertubuh atas kehendak dan gerakan rakyat, jangan sehingga kredibiliti parti dipertikai ahli dan juga masyarakat di luar,” jelasnya.

Artikel lain: “Debat Tiada Menang Atau Kalah, Yang Penting Perkara Disampaikan” – Rafizi Ramli

Rafizi mendedahkan Nurul Izzah ada meminta untuk bertemu dengannya Selasa lalu bagi membincangkan berhubung pelbagai isu berbangkit sempena pemilihan kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Khairul Mohd Ali)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd