Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘Suis Pemati’ Digunakan Dalam Konsert Coldplay Jika Langgar Garis Panduan -Fahmi

Konsert band terkenal Britain, Coldplay yang akan tampil pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya menjadi salah satu konsert paling ditunggu peminat.

Elak situasi tak diingini berlaku

Namun, susulan daripada kejadian lepas bersama band luar, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyatakan yang Suis pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay jika ada perkara yang diluar garis panduan terjadi.

coldplay

Coldplay sokong Palestin

Memetik laporan dari Bernama, Fahmi memaklumkan yang perkara tersebut telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert itu.

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin
Kami positif dengan penganjuran konsert itu pada hari ini,” ujarnya.

coldplay

Saran guna pengangkutan awan pergi stadium tonton konsert Coldplay

Fahmi turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam yang akan beroperasi sehingga lewat malam ini bagi memudahkan pergerakan lalu lintas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa agar konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin.

Artikel lain: Penganjur Konsert Coldplay Di Malaysia Mohon Penonton Berhemah

Ia juga susulan kebimbangan berlakunya lagi insiden tidak senonoh yang terjadi sewaktu kumpulan pop rock, dikenali sebagai The 1975 beraksi di Litar Antarabangsa Sepang sekitar Julai lalu.

Difahamkan, kehadiran Coldplay ke Malaysia tahun ini adalah bersempena dengan siri jelajah mereka menerusi Music of the Spheres World Tour.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd