Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Mangsa Bot Terbalik Dedah Minta ‘Life Jacket’ Berkali-Kali, Pemandu Beri Alasan Basah

Isteri mangsa bot terbalik dedah ada meminta jaket keselamatan atau life jacket berkali-kali kepada pemandu bot namun individu terbabit memberi alasan basah dan jarak perjalanan ke resort dekat sahaja.

Isteri mangsa bot terbalik minta jaket berkali-kali

Memetik laporan daripada Buletin TV3, A Sanggetha, 39, meluahkan bahawa dia berasa khuatir akan keadaan laut ketika itu memandangkan cuaca seperti mahu hujan dan terdapat ramai anak kecil yang menaiki bot terbabit.

“Kami berkali-kali minta life jacket (jaket keselamatan) daripada pemandu bot kerana waktu itu nampak macam nak hujan dan banyak budak kecil tetapi dia beritahu basah, tidak mengapa sebab jarak perjalanan ke resort dekat sahaja,” luah  Sanggetha yang kehilangan suami dan anak bongsunya dalam tragedi bot terbalik di Pulau Perhentian, kelmarin.

Isteri Mangsa Bot Terbalik

Isteri mangsa bot terbalik dedah mereka dalam perjalanan pulang makan malam

Sanggetha bersama suami, dua anak serta beberapa rakan keluarga mereka menaiki bot untuk pulang ke resort selepas makan malam di Pulau Perhentian Kecil.

Mereka mula rasa bimbang apabila langit mula gelap dan hujan turun lebat, namun, rayuan mereka untuk mendapatkan jaket keselamatan ditolak dengan alasan tidak munasabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di bot, suami serta rakan-rakannya minta jaket keselamatan dekat pemandu bot tetapi dia kata basah, selain jarak ke resort hanya ambil masa 10 ke 15 minit, namun ketika dalam perjalanan pulang hujan lebat ditambah dengan keadaan sangat gelap dan bot yang dinaiki mulai terumbang-ambing.
Saya kemudian pegang kuat anak sulung kami, manakala suami pegang anak bongsu sebelum datang satu ombak yang amat besar menyebabkan bot terbalik,” katanya.

Berjaya selamatkan diri dengan anak sulung

Dia berjaya menyelamatkan diri bersama anak sulung mereka yang berusia sembilan tahun dengan bantuan seorang lelaki, namun sebaik dapatkan rawatan di klinik berhampiran, Sanggetha menerima berita duka suami dan anak bongsunya telah meninggal dunia.

“Rakan kemudian maklumkan yang suami dan anak bongsu saya sudah meninggal dunia termasuk seorang lagi anak kepada rakan suami.
Ketika ini saya tidak dapat berfikir apa-apa kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata, namun berharap tragedi seumpama ini tidak berlaku kepada orang lain,” ujarnya.

Artikel lain: Pemandu Bot Terbalik Di Perhentian Positif Bahan Terlarang, Ada 5 Rekod Lampau

Katanya, ini adalah percutian pertama mereka ke Pulau Perhentian untuk meraikan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-40 tetapi kini, dia hanya mahu terus kuat demi anak yang masih ada di sisi.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd