Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Pendaki Malaysia Berjaya Diselamatkan, Dua Lagi Terperangkap Di Gunung Denali

Seorang daripada tiga pendaki Malaysia di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat berjaya diselamatkan, manakala dua lagi masih terperangkap di puncak berketinggian kira-kira 19000 kaki.

Menerusi hantaran di Facebook, wakil Kelab Jelajah Alpine memaklumkan bahawa salah seorang pendaki Muhammad Illaham Ishak, 47, kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Foto: FB IllhamIshak Am

Dalam pada itu, dua lagi pendaki iaitu Zainudin Lot, 47,  dan Zulfikli Yusuf, 37, dilaporkan masih berlindung dalam gua salji sambil menantikan pasukan penyelamat di kawasan ‘Football Field’ berketinggian 19,000 kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak Park Ranger bersedia untuk proses menyelamat dan masih menunggu cuaca yang membenarkan helikopter untuk terbang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Walau bagaimanapun, mereka dikatakan berada dalam keadaan stabil dan terdapat juga beberapa pendaki memberi bantuan makanan serta peralatan namun, dikhuatiri mengalami hyporthermia dan frostbite.
Foto: FB Alpine Club Malaysia
Susulan itu, kelab berkenaan mengharapkan cuaca yang baik pada hari ini bagi memudahkan pasukan penyelamat untuk membawa keluar kedua-dua pendaki tersebut.
Foto: FB Alpine Club Malaysia
“Beberapa pendaki yang lalu memberikan bantuan makanan dan peralatan. Keadaan mereka stabil di khuatiri hyporthermia dan frostbite.
“⁠Kami mengharapkan cuaca membaik pada hari ini dan mereka dapat dikeluarkan segera,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Alpine Club Malaysia

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd