Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma..”- Peniaga Dipuji Niaga Sambil Berdakwah

Sambung Ayat Al-Quran

Seorang peniaga apam balik menawarkan juadah percuma kepada pelanggan yang berjaya sambung ayat al-Quran dengan betul.

Menerusi perkongsian peniaga tersebut di akaun TikTok @kuhotputrajaya, dia memuat naik beberapa rakaman video memaparkan gelagat pelanggannya ketika menyambung bacaan ayat al-Quran yang dibacanya sewaktu hadir ke gerai apam balik.

@kuhotputrajaya

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah setelah 4 hari berpuasa, baru kami dapat pencabar pertama yg berani menyahut cabaran kami. Tahniah👏 teruskan mencintai Al-quran. Jom support kami di Bazar Ramadan Putrajaya presint 3. #sambungayatalquranpercumaapambalik #apambalikkuhot #bazarramadanputrajaya2025 #kuhotcyberjaya #kuhotputrajaya #kateringapambalik

♬ original sound – KuhotPutrajaya – KuhotPutrajaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Dia menggunakan pendekatan unik ini sebagai satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghafal dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran selain bersedekah di bulan Ramadan.

Sambung Ayat Al-Quran Dapat Apam Balik Percuma

Artikel lain: Pemuda Jalankan Misi 30 Hari 30 Masjid Sepanjang Ramadan

Selain pelanggan yang berjaya menyambung bacaan ayat Al-Quran, apam balik secara percuma juga disediakan kepada golongan wanita yang sedang mengandung

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk ibu mengandung boleh datang ambil apam balik percuma ya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, usaha murni yang dilakukan peniaga itu turut mendapat pujian orang ramai dan mereka sempat menitipkan doa agar perniagaan apam balik tersebut terus berkembang.

Difahamkan, peniaga terbabit sememangnya biasa membuat cabaran sedemikian kepada pelangganya khusus di bazar Ramadan dekat Putrajaya.

Sumber: TikTok kuhotputrajaya

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd