Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sah! Safawi Rasid dan Akhyar Rashid Sertai Terengganu FC

Teka-teki terjawab buat penyokong Terengganu FC (TFC) selepas duo sensasi, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid kini sah sertai skuad Sang Penyu bagi membantu memperkuatkan lagi jentera serangan pada musim depan.

Khabar baik itu dikongsikan menerusi pengumuman rasmi media sosial Terengganu FC pada Isnin yang memaparkan kegembiraan wajah dua pemain berkenaan.

Safawi Rasid Akhyar Rashid Sertai Terengganu FC

Artikel lain: JDT Pasukan ‘Underdog’ Musim Depan, Ramai Lagi Akan Keluar Kelab – TMJ

Sebelum ini, penghijrahan dua pemain sayap itu ke Terengganu sudah mula diperkatakan orang ramai selepas Johor Darul Takzim (JDT) merancang menstruktur kewangan bagi memastikan kelangsungan bagi jangka panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehadiran dua pemian lincah ini sudah pasti menjadi sesuatu keputusan yang tepat buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner, selepas ramai pemain ternama mereka digugurkan pada musim baharu ini.

Malah, ia dapat memberi tambahan kreativiti buat jentera Sang Penyu yang sudah pun mengekalkan khidmat penyerang Croatia, Ivan Mamut.

Difahamkan, kedua-dua pemain tersebut menyertai Terengganu dengan status pemain pinjaman.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc)

Safawi anak Terengganu, kembali beraksi

Safawi dan Akhyar merupakan antara watak penting buat Malaysia terutamanya dalam kempen di Piala Asia AFC 2023 baru-baru ini.

Pemilik nama Muhammad Safawi bin Rasid nyata bukan asing buat Terengganu kerana beliau merupakan anak kelahiran Dungun yang memulakan karier profesionalnya bersama T-Team pada 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terus cemerlang dua musim bersama kelab tersebut, Safawi kemudiannya dipancing Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2017 dan beliau juga telah dipinjamkan sebanyak dua kali ke luar negara iaitu bersama Portimonense (Portugal) dan Ratchaburi (Thailand).

Safawi Rasid Akhyar Rashid Sertai Terengganu FC

Akhyar Rashid pemain lincah kelahiran Kedah

Manakala, Akhyar yang bersama-sama Safawi turut tersenarai dalam skuad negara ke Piala Asia 2023 memulakan kariernya bersama Kedah.

Anak kelahiran Jitra, Kedah itu menyertai JDT pada musim 2019, namun kurang minit permainan memaksa beliau memilih haluan untuk berkelana ke pasukan lain.

Safawi Rasid Akhyar Rashid Sertai Terengganu FC

Sekadar info, Terengganu menamatkan musim 2023 dikedudukan keenam hasil 11 kemenangan, tujuh keputusan seri dan lapan kekalahan untuk mengumpul 40 mata.

Sumber: IG officialterengganufc

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd