Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras, Pelanggan Terpaksa Buat Order Sendiri

Tular di media sosial video memaparkan roti canai di sebuah gerai di Medan, Indonesia laku keras menyebabkan pemiliknya tak menang tangan dan sehingga pelanggannya sediakan ‘order’ sendiri.

Menerusi satu hantaran di TikTok, minboss_kuliner telah memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki yang merupakan pemilik kepada gerai roti canai miliknya.

Peniaga tak menang tangan, roti canai di Indonesia laku keras

@minboss_kuliner

GOCENG dapat Dua!! Roti Canai Badui, kalo kesini siap-siap antri kelen kalo gak sabar masak aja sendiri 🤣🤣 📍 Jl. Ringroad Medan (depan Raja Sambal Cobek) _______________________________ Pasukan Engkol! Gasskan teross! Follow juga: Tiktok, Youtube & Facebook: @minboss_kuliner untuk informasi rekomendasi kuliner, hiburan, liburan & jalan-jalan Indonesia 💛#kulinermedan #jajananmedan #kulinerlabuhanbatu #medanhits #infokuliner #medan #cafemedan #wisatamedan #reviewmedan #kulinerhalalmedan #influencermedan #minbosskuliner #kulinerrantauprapat #kulinertebingtinggi #kulinerlabusel #kulinerbinjai #kulinerkisaran #jajananviral #kulinerviral #liburan #foodvloggermedan #pecintakuliner #makanantradisional #idejualan #roticanai

♬ suara asli – Minboss Kuliner 🍳🍡 – Minboss Kuliner 🍳🍡

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada video tersebut, pemilik gerai tersebut dikerumuni oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut dan lelaki tersebut kelihatan tidak menang tangan menyediakan roti canai tersebut.

Susulan itu, terdapat pelanggan yang mula membantu pemilik gerai tersebut membalik-balikkan hidangan itu susulan dirinya sibuk melenyetkan doh roti canai tersebut.

Salah seorang daripada pelanggannya juga sanggup berdiri hampir 15 minit untuk membantu pemilik gerai tersebut membalikkan roti canai.

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Sementara itu, ketika ditanya waktu operasi, pemilik itu berkata dia hanya membuka gerainya bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi kerana roti canainya habis dalam tempoh masa tiga jam sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, cara penghidangan hidangan di Medan itu berbeza dengan cara penghidangan di Malaysia kerana roti canai di negara berkenaan ditabur dengan gula namun di negara kita, roti canai dihidangkan dengan kuah kari ataupun dengan susu pekat.

“5 ribu rupiah boleh dapat dua! Roti Canai Badui, kalau datang sini sedialah kena berbaris. Kalau tak sabar, masak sendiri!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia yang tidak bersetuju hidangan yang pemilik gerai itu sediakan adalah roti canai.

Artikel lain: MESF Kecam Tindakan Pemain Esport Luar Negara, Gesa Mohon Maaf Hina Jalur Gemilang

Ini kerana roti canai perlu ditebarkan, namun pemilik gerai tersebut hanya melenyek-lenyekkan hidangan tersebut seperti hidangan roti boom atau roti prata di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelinya roti canai pakai gula

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Ni kami panggil roti boom

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Roti canai tak lebar, ni macam roti prata

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Mana canainya? Canai tu kan tebar

Roti Canai Di Indonesia Laku Keras

Mungkin pemilik gerai ni perlu latihan lebih supaya dapat buat roti canai yang betul……

Sumber: TikTok minboss_kuliner

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd