Connect with us

Inspirasi

Risau Jiran2 Terkena Virus, Cucu Tolong Tahan Lif Sementara Atok Cuci Lantai

Musim koronavirus COVID-19 yang berterusan sejak beberapa bulan lalu buat ramai tak senang duduk. Kalau sebelum ni ada yang tak ambil kisah pasal kebersihan, sekarang kalau boleh sepanjang masa nak cuci tangan.

Bagi warga emas berusia 73 tahun ini pula, beliau dengan sukarela meluangkan masa untuk membersihkan kawasan kejiranan yang terletak di Woodlands, Singapura bagi menjamin kebersihan kawasan sekitarnya.

Sekeping gambar yang dimuat naik di Facebook Sayang Sembawang kelihatan Abdul Ghani sedang mencuci lantai lif, manakala cucu lelakinya pula bertindak untuk ‘menahan’ lif tersebut daripada ditutup.

Tindakan dua beranak itu membuatkan warganet tidak lupa berterima kasih atas sifat prihatin dan kemanusiaan mereka berdua yang semestinya menjadi ikutan terbaik untuk orang lain.

Terbaik… Semangat kejiranan!

Terima kasih atas keprihatinan!

Memang respek apa yang dilakukan atok & cucu ni. Tak amalkan sikap pentingkan diri sendiri atau tunggu siapa yang buat dulu, tapi terus sukarela bersihkan kediaman mereka.

Sumber : Sayang Sembawang

Continue Reading
Advertisement

Trending