Connect with us

WOW

Ratu Elizabeth Tawar Gaji RM20 Ribu Sebulan Untuk Jadi Pegawai Media Sosialnya

Penggunaan laman media sosial hari ini boleh dikatakan sangat penting, malah setiap lapisan umur dan golongan pasti akan mempunyai akuan mereka tersendiri.

Bukan setakat itu, malah kaum kerabat Diraja juga, turut tidak ketinggalan untuk memiliki media sosial mereka sendiri. Dengan melalui laman sosial tersebut, gologan ini dapat berkongsi dan mendekati rakyat jelata dengan lebih mudah dan tanpa batasan.

Tawar gaji yang sangat lumayan!

Di England, pengurus Istana Buckingham telah mengumumkan pencarian pekerja bagi pengendalian media sosial buat keluarga Diraja Britain ini.

Sekaligus, berita ini telah mendapat sambutan hebat dari kalangan rakyat England, malah mereka juga berpeluang bekerja secara dekat bersama Ratu Elizabeth.

Gaji RM20,000 sebulan!

Menurut tawaran yang telah diiklankan melalui laman LinkedIn, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu dikatakan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan gaji permulann antara RM242,625 hingga RM269,583 setahun.

Selain itu, faedah yang yang bakal diberikan adalah seperti cuti tahunan sebanyak 33 hari setahun, skim pencen malah makan tengah hari turut disediakan secara percuma.

Antara kriteria dan syarat yang diletakan untuk memohon jawatan berkenaan ialah berkemahiran dalam komunikasi digital, kreatif dan professional mengendalikan laman sosial berprofil tinggi.

Perkara ini mungkin boleh jadi sumber pendapatan dan rezeki yang lumayan buat insah yang bertuah, serta dapat bekerja secara langsung bersama ahli keluarga Britain itu.

Sumber: Astro Awani.

Continue Reading
Advertisement

Trending