Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rasuah Tentera Laut AS, Ahli Perniagaan Malaysia ‘Fat Leonard’ Dihukum Penjara 15 Tahun

Ahli perniagaan Malaysia, Leonard Francis dihukum penjara selama 15 tahun pada Selasa kerana menjadi dalang dalam skandal rasuah selama sedekad yang melibatkan berpuluh-puluh pegawai tentera laut Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan The Guardian, Hakim daerah AS, Janis L Sammartino turut mengarahkan Leonard yang turut dikenali Fat Leonard untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$20 juta (RM88 juta) kepada tentera laut serta denda AS$150,000 (RM660 juta).

Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara 15 tahun

Ahli Perniagaan Malaysia Dihukum Penjara 15 Tahun

Dalam satu kenyataan, Leonard juga diperintahkan untuk menyerahkan AS$35 juta (RM154 juta) yang diperolehinya secara haram daripada jenayah-jenayahnya.

Dalam pada itu, Sammartino juga menjatuhkan hukuman lebih dari 13 setengah tahun penjara bagi tuduhan rasuah dan penipuan serta 16 bulan untuk kesalahan gagal hadir dalam perbicaraan, yang akan dijalankan secara berturutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam AS, Tara McGrath berkata Leonard yang juga merupakan kontraktor pertahanan Malaysia mengaut keuntungan daripada wang pembayar cukai disamping turut merosakkan integriti tentera laut AS.

“Kesan daripada penipuan dan manipulasi Leonard akan dirasai pada masa yang lama, tetapi keadilan telah ditegakkan hari ini,” kata McGrath.

Ahli Perniagaan Malaysia Dihukum Penjara 15 Tahun

Leonard memiliki dan mengendalikan perniagaan keluarganya, Glen Defense Marine Asia Ltd (GDMA) yang berpangkalan di Singapura dan membekalkan makanan, air dan bahan bakar kepada kapal-kapal selama lebih dua dekad.

Dalam tempoh itu, Leonard ‘memikat’ pegawai tentera laut dengan daging mahal seperti daging Kobe, cerut mahal, tiket konsert, pesta liar di hotel mewah dari Thailand hingga Filipina.

Sebagai balasan, pegawai-pegawai termasuk laksamana yang sedang bertugas perlu menyembunyikan skim di mana Francis mengenakan caj berlebihan untuk membekalkan kapal atau mengenakan bayaran untuk perkhidmatan palsu di pelabuhan yang dikawalnya di Asia Tenggara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dicipta di Jepun, Satelit Kayu Pertama Dunia Dihantar Ke Angkasa

Pegawai-pegawai itu juga menyerahkan maklumat sulit kepada Leonard disamping turut mengalihkan kapal tentera laut ke pelabuhan yang akan memberikan keuntungan kepada syarikat Leonard yang berpangkalan di Singapura.

Leonard berjaya ditahan ketika dia berada di sebuah hotel di San Diego dan kontraktor itu telah pun mengaku bersalah pada 2015, dan mendedahkan dia telah menawarkan lebih AS$500,000 (RM2.2 juta) rasuah kepada pegawai tentera laut, kontraktor pertahanan dan lain-lain.

Ahli Perniagaan Malaysia Dihukum Penjara 15 Tahun

Semasa menunggu hukuman, Leonard dimasukkan ke hospital dan dirawat kerana kanser buah pinggang dan masalah perubatan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas keluar dari hospital, Leonard dibenarkan tinggal di rumah sewa di sebagai tahanan rumah dengan alat pemantau GPS di pergelangan kaki dan pengawal keselamatan.

Namun, tiga minggu sebelum tarikh hukuman pada September 2022, Leonard memotong alat pemantau itu dan melarikan diri ke Mexico, Cuba dan akhirnya tiba di Venezuela.

Leonard ditangkap dua minggu selepas melarikan diri ketika dia cuba menaiki penerbangan di lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di luar Caracas untuk ke Rusia.

Sumber: The Guardian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd