Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Burung Patuk Bekas Makanan Pesakit, HTAR Tampil Beri Penjelasan

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tampil memberikan penjelasan susulan penularan sebuah video yang memaparkan beberapa burung berada di dalam wad pesakit termasuk mematuk bekas makanan pesakit.

Banyak pokok di persekitar hospital

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak hospital memaklumkan bahawa kawasan sekitar HTAR sememangnya menjadi habitat kepada burung merpati dan gagak kerana terdapat banyak pokok di persekitaran hospital.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan burung memasuki kawasan bangunan hospital secara tidak sengaja.
“Bagi menangani perkara berkenaan, HTAR sudah melaksanakan langkah kawalan secara berkala, termasuk pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi serta pemantauan berterusan di kawasan wad dan bangunan hospital.
“Selain itu, HTAR turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuh usaha mengawal gangguan burung di kawasan hospital,” katanya.

Ambil tindakan pasti persekitaran selamat

Menurut HTAR, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan sentiasa komited dalam memastikan persekitaran hospital berada dalam keadaan selamat, bersih serta kondusif untuk pesakit, pelawat dan warga kerja.

“Semua langkah yang bersesuaian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

Terdahulu, tular di platform Threads sebuah video yang memaparkan beberapa ekor burung berada di dalam wad pesakit, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd