Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SAR Jaslinda: Komuniti Orang Asli Sedia Bantu – “Kalau Jumpa Sungai Besar, Pasti Jumpa Kampung Kami”

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu.

Foto: TT oneside_94

Menurut laporan Kosmo! Online, Tok Batin Kampung Batu 17, Bah Ahang, 72, berkata, masyarakat Orang Asli mempunyai pengalaman serta pengetahuan mendalam mengenai laluan dan keadaan muka bumi di kawasan pedalaman yang boleh dimanfaatkan dalam operasi pencarian sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

“Orang kampung yang mencari hasil hutan seperti rotan, petai dan buluh biasanya masuk jauh ke dalam hutan.
“Jika diminta membantu, kami boleh menggerakkan anak-anak buah untuk turut serta dalam operasi pencarian mengikut kepakaran masing-masing,” katanya kepada Kosmo! Online pada Isnin.

Foto: Kosmo! Online

Bah Ahang yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq berkata, mangsa berkemungkinan mampu bertahan sekiranya berjaya menemui aliran sungai yang boleh dijadikan panduan untuk keluar dari kawasan hutan.

“Kalau dia turun dan menyusur anak sungai sampai ke sungai besar, dia pasti akan jumpa Kampung Orang Asli. Ada beberapa kampung di sekitar kaki bukit,” ujarnya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Batu 9, Osman Bah Ut, 55, berkata, terdapat beberapa belia Orang Asli yang mahir dengan kawasan hutan sekitar dan bersedia untuk membantu sekiranya khidmat mereka diperlukan.

“Ada tapi tidak ramai. Yang mahir selok-belok hutan adalah tinggal di kampung, tapi sekarang ramai yang keluar bekerja di luar. Kalau diperlukan, kami sedia panggil anak-anak buah,” katanya.

Foto: TT oneside_94

Menurutnya, masyarakat Orang Asli mempunyai prinsip tersendiri ketika memasuki kawasan hutan, termasuk memastikan semua ahli kumpulan pulang bersama-sama seperti mana mereka memulakan perjalanan.

“Kalau dah berjanji lima orang pergi, lima orang mesti balik. Kalau gagal, dua tiga orang (cedera) di tengah jalan, kami tak akan teruskan dan berpatah balik,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Tok Batin Lata Iskandar, Nazri Bah Ngok, 60, berkata, tidak mustahil mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli yang memasuki hutan untuk mencari hasil hutan seperti rotan, petai dan buluh.

“Kalau mereka masuk kawasan dalam, ada peluang terserempak dengan mangsa, terutama jika dia berada berhampiran laluan yang biasa digunakan,” katanya.

Foto: Media sosial

Beliau turut menegaskan kepentingan mendapatkan khidmat malim gunung tempatan, khususnya bagi pendakian di kawasan pergunungan yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar seperti Gunung Batu Putih.

Katanya, penduduk Orang Asli Pos Musoh antara yang paling sesuai memainkan peranan tersebut kerana mempunyai pengetahuan mendalam mengenai laluan, kawasan berlumpur serta lokasi berisiko di hutan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi pendapat saya, penduduk Orang Asli Pos Musoh sesuai dijadikan malim gunung kerana mereka lebih arif selok-belok kawasan seperti lumpur, bukit dan ceruk hutan,” ujarnya.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd