Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes 2 Beradik Terjatuh Dari Pangsapuri: Polis Tahan Ibu Mangsa Bagi Siasatan Lanjut

 Polis menahan ibu kepada dua beradik yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, semalam, bagi membantu siasatan berhubung insiden yang mengorbankan seorang kanak-kanak dan menyebabkan seorang lagi parah.

Seorang meninggal, seorang parah

Menerusi kenyataan daripada Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, beliau menyatakan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita tempatan pada pukul 8.27 pagi.

“Wanita berkenaan memaklumkan kejadian dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun terjatuh daripada 12 di sebuah pangsapuri di kawasan Tampoi.
“Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan sedang dirawat di hospital,” katanya.

Ditahan bagi siasatan lanjut

Menurut beliau, susulan maklumat yang diperoleh, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menahan seorang wanita warga asing berusia 37 tahun pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Wanita itu merupakan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Semakan rekod jenayah lampau ke atas suspek mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau memaklumkan, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas wanita berkenaan didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan.

Dalam masa sama, polis turut memanggil beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian serta menyaksikan kedua-dua mangsa terjun atau terjatuh dari tingkat 12 bangunan tersebut untuk dirakam percakapan.

Siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan, pengabaian, pendedahan dan pembuangan kanak-kanak.

“Punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan pihak polis percaya dengan tangkapan ke atas ibu mangsa ini akan merungkai punca sebenar kenapa kedua-dua mangsa mengambil tindakan yang tidak wajar untuk terjun atau terjatuh dari bangunan pangsapuri itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, dua kanak-kanak dilaporkan terjatuh dari tingkat 12 ke tingkat tujuh berhampiran kawasan kolam renang sebuah bangunan pangsapuri 24 tingkat di Tampoi.

Kejadian itu mengakibatkan seorang kanak-kanak maut manakala seorang lagi masih menerima rawatan di hospital.

Sumber: Facebook Polis Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd