Connect with us

Infozon

Ramai yang Ingat Memberus Gigi Dengan Perlahan Lebih Bersih Berbanding Memberus Dengan Kuat

Pernahkah anda terfikir begini, “Saya memberus gigi setiap hari, kenapa gigi saya rosak juga?”

Jika ya, anda perlu tanya pada diri anda semula, tentang 3 perkara ini:

1. Selalu sangat memberus gigi

Sesiapa sahaja tahu untuk memberus gigi 2-3 kali sehari. Sekurang-kurangnya sekali selepas bersarapan pagi dan sekali sebelum tidur. Di bawah program pergigian di sekolah rendah, kita anjurkan kempen memberus gigi selepas makan pada waktu rehat sebagai aktiviti tambahan untuk menggalakkan kesedaran di kalangan pelajar.

Persoalannya, perlukah kita memberus gigi setiap kali selepas makan? Bagaimana jika kita makan 6 kali sehari, maka 6 kali memberus gigi? Adakah kita memberus gigi walaupun selepas secangkir kopi?

Pastikan anda berikan masa dalam 4-5 minit bagi setiap sesi menggosok gigi pada sekali waktu pagi dan sekali pada sebelah malamnya. Gosok dengan kaedah dan teknik yang betul iaitu secara menegak untuk gigi hadapan dan membulat untuk gigi belakang. Bukan secara melintang.

Beri masa. Pastikan semua bahagian gigi dan lidah dibersihkan.

Bukan gosok begitu begini, ada rasa ubat gigi dalam mulut, sudah siap. Ini sudah pasti tidak memberi kesan walaupun gosok gigi banyak mana sekalipun.

2. Terlalu kasar atau kuat semasa memberus gigi

Anda memberus gigi dengan niat mahukan keadaan mulut yang sihat dan segar. Anda tidak sedar dalam masa yang sama anda mungkin merosakkan gigi sendiri.

Anda gosok gigi dengan daya yang kuat, anda fikir anda boleh membuang sisa makanan/plak dengan cepat. Sebenarnya perbuatan itu hanya mencederakan gusi dan lebih teruk lagi ia boleh menyebakan permukaan akar gigi terdedah.

Kemudian, dengan daya yang kuat ini, anda gosok pula secara melintang. Perbuatan ini menyumbang pula kepada hakisan gigi dan menjadikan gigi berasa sensitif.

3. Salah pilih berus gigi

Berus gigi yang sesuai adalah yang berbulu lembut. Sebelum beli, pastikan diperiksa terlebih dahulu pada labelnya.

Pastikan juga kepala berus gigi itu muat untuk dimasukkan sehingga ke bahagian belakang mulut terutamanya bahagian atas kerana di situ berpotensi untuk: (1) pembentukan karrang gigi, dan (2) karies. Apabila berus tidak sampai ke kawasan seperti ini, ada yang biarkan sahaja.

Jadi; (1) guna berus yang lembut dan (2) saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut.

Sumber : Dr. Iqbal Rosali

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending