Connect with us

WTF

Rakaman CCTV Wanita Humban & Buang Anjing Kudung Tepi Jalan Cetus Hiba

Haiwan pastinya mempunyai naluri mereka tersendiri. Lebih lebih lagi apabila haiwan ini dijadikan sebagai binatang peliharaan sudah tentunya mereka akan kenal dan sayang terhadap tuan mereka.

Semalam, sebuah video rakaman CCTV telah tular dilaman Twitter, yang memaparkan tindakan seorang wanita yang membuang dan meninggalkan anjingnya ditepi jalan. Tindakan kejam wanita berkenaan rata-ratanya telah mengundang kecaman oleh kalangan netizen.

Ditolak keluar dari kereta, tinggal tepi jalan!

Lebih menyanyat hati, anjing putih yang dibuang tersebut kudung kedua-dua kaki hadapannya. Wanita tersebut pada mulanya dilihat mengeluarkan dua ekor anjing, iaitu berwarna hitam dan putih.

Setelah menghalau keluar anjing putih tersebut, wanita berkenaan dilihat membawa masuk anjing hitam itu semula ke dalam kereta dan meninggalkan anjing putih berkenaan seorang diri.

Sedaya upaya dia kejar balik

Dapat dilihat didalam video berkenaan, anjing putih berkenaan seakan-akan dapat merasai dirnya telah dibuang dan ditinggalkan begitu sahaja. Anjing berkenaan dilihat sedaya upaya mahu mengejar tuannya, namun dia tidak terdaya.

Ramai yang berasa sangat sedih terhadap nasib anjing berkenaan dan berharap agar anjing putih tersebut akan diselamatkan oleh insan yang lebih prihatin.

Kini, perkembangan terbaru mengenai anjing putih itu dikhabarkan telah diselamatkan dan diletakan di pusat perlindungan haiwan. Ramai yang berharap agar anjing tersebut bakal diambil dan dipeliharan oleh insan yang benar-benar menyayanginya.

Sumber: Ajju.

Continue Reading
Advertisement

Trending