Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Presiden FIFA Percaya TMJ Mampu Kemudi Pembangunan Bola Sepak Negara

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyatakan sokongan penuh terhadap projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk pembangunan skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.

Presiden FIFA bertemu TMJ

FIFA

Kredit foto: HRH Crown Prince Of Johor

Menerusi satu perkongsian di laman X Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), pertemuan tersebut berlangsung antara Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan dengan Infantino bagi membincangkan penstrukturan skuad kebangsaan Malaysia.

FIFA

Kredit foto: HRH Crown Prince Of Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Infantino menyatakan keyakinannya terhadap inisiatif tersebut  bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi salah satu kuasa bola sepak global.

Artikel lain: TMJ Perkenan Johor Jadi Tuan Rumah Acara Bola Sepak Sukan SEA 2027

“Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

FIFA

Sebelum ini, TMJ menyatakan akan ada pengumuman membabitkan jurulatih baru skuad senior dan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Sehari selepas perkhabaran tersebut, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklukan bahawa Peter Cklamovski dilantik menjadi  pengendali baharu Harimau Malaya manakala Nafuzi Zain pula sebagai jurulatih skuad B-23 negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X HRH Crown Prince of Johor

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd