Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lima Individu, Rampas Dua Kenderaan Dengan Lambang GISBH

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahan lima individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) dan merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu di Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand kira-kira 6 petang tadi.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara Tan Sri  Razarudin Husain berkata kejayaan menahan individu dan merampas dua kenderaan rekreasi yang mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313 di bandar sempadan Malaysia-Thailand itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.

Polis tahan lima individu disyaki ada kaitan dengan GISBH

Polis Tahan Lima Individu GISBH

“Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.
“Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.
“Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan. Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Polis Tahan Lima Individu GISBH

Sementara itu, difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Artikel lain: Ahli GISBH Didakwa Ugut Bekas Jemaah – “Mohon Ikat Jamin Rendah, Saya Ada 3 Isteri, 10 Anak”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH.

PDRM berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.

Sebelum ini, Razarudin memaklumkan bahawa ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISBH dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta ekploitasi buruh termasuk dipaksa bekerja menjual barang.

Polis Tahan Lima Individu GISBH

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd