Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Polis Kelantan Bantu Wanita Pam Tayar, Netizen Puji Sifat Ikhlas Bantu Orang Awam

Tindakan anggota polis membantu seorang wanita tersadai di bahu jalan telah mendapat perhatian dalam kalangan warganet, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @ipdpasirputehkltn, memaparkan dua anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Puteh, mengepam tayar basikal seorang wanita yang dipenuhi dengan pelbagai barangan terpakai.

Bantu pam tayar

@ipdpasirputehkltn

Terima kasih kepada Kpl Nasrun & Konst. Syafiq dari Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Pasir Puteh yang membantu mengisi angin tayar basikal makcik di tepi Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu semasa menjalankan tugas Op Selamat 24 sempena Aidilfitri 2025. #BiarJasaJadiKenangan #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Ipd Pasir Puteh – Ipd Pasir Puteh

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih kepada Koperal Nasrun dan Konstable Syafiq dari IPD Pasir Puteh.
“Mereka berdua sudi membantu mengisi angin tayar basikal seorang mak cik di tepi jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu semasa menjalankan tugas Op Selamat 24 sempena Aidilifitri 2025,” tulis IPD Pasir Puteh di ruangan kapsyen.

Artikel lain: Didakwa Curi Telur Untuk Anak, Polis Tampil Bantu Wanita Beli Barang Keperluan

Dalam perkongsian sama, wanita itu sempat berborak bersama dua anggota tersebut sebelum berlalu pergi selepas tayar basikal yang dinaikinya kembali mendapat tekanan angin yang mencukupi.

Malah lebih terharu lagi apabila dua anggota itu memerhatikan wanita tersebut menunggang basikal meninggalkan mereka bagi memastikan keadaan basikal yang ditunggannya berada dalam keadaan selamat.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa cemburu melihat sifat baik anggota beruniform itu dan mendoakan agar mereka sentiasa dipermudahkan urusan ketika menjalani tugas menjaga negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelantan adab dengan orang tua didahulukan

Polis bantu pam tayar

Semoga dibalas dengan kebaikan

Polis bantu pam tayar

Terima kasih, ikhlas menolong

Polis bantu pam tayar

Polis bantu pam tayar

Foto: Polis Daerah Hulu Selangor

Terdahulu, tular sebuah video anggota polis daerah Hulu Selangor membantu orang awam mengawal kesesakan lalu lintas  dan menolak sebuah kereta  jenis Toyota yang mati ke bahu jalan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kilometer 52 jalan KL-Ipoh minggu lalu.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd