Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PM Ulas Bersih Beri Gred D – “UPSR Dapat D, SPM Esok Naik A”

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin kerajaan MADANI pimpinannya yang masih baru mampu melakukan lebih baik dalam melaksanakan reformasi dari semasa ke semasa.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Kewangan itu mengulas penilaian buruk yang diberikan oleh gabungan reformasi pilihan raya, Bersih yang diberikan dengan mendakwa Putrajaya gagal memenuhi banyak agenda pembaharuan.

Foto: Sinar Harian

“Tentang (penarafan) Bersih, tak apalah beri (kita gred) D, bukan F. (Kalau) UPSR D, (nanti) SPM esok naik A lah.
“Insya-Allah, (kerajaan Madani masih) baru sangat,” katanya sinis sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Bersih semasa melancarkan ‘kad laporan pertengahan penggal’ telah memberikan pentadbiran Anwar sebagai gred D yang prestasi buruknya dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi Bersih, Faisal Aziz berkata, penilaian mereka berhubung dua tahun pertama kerajaan mendapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.

Penilaian itu menggabungkan dua bahagian, iaitu menunaikan komitmen manifesto dan perbandingan dengan pentadbiran terdahulu.

Foto: X @faisalazizfa

Bersih juga membandingkan kemajuan reformasi yang dibuat oleh Anwar dan empat pendahulunya dalam tempoh dua tahun pertama mereka memegang jawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu turut meletakkan Anwar di belakang pendahulunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi mereka.

Menurut Bersih juga, dana pembangunan kawasan yang diberikan semasa pentadbiran Ismail Sabri kepada ahli parlimen pembangkang ketika itu sebagai sebab perdana menteri kesembilan adalah lebih baik daripada Anwar.

Foto: X @faisalazizfa

Untuk rekod, kerajaan hari ini menerima kritikan hebat kerana didakwa tidak menyalurkan dana kepada ahli parlimen pembangkang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas perkara itu, Anwar mendakwa Bersih telah terlepas pandang bahawa ketika itu, dirinya sebagai ketua pembangkang yang berunding dengan pentadbiran Ismail Sabri sehingga mereka mencapai persetujuan untuk memeterai MoU.

Sedangkan, tambahnya, parti pembangkang hari ini enggan berunding dengan Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Nasional

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 dibuat oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, iaitu Datuk Radzi...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Lokal

Sebuah insiden berlaku semasa operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand di kawasan hutan Royal Belum, Banding, Perak,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd