Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Didakwa Persenda Agama Hindu: 3 Penyampai Radio Kini Disiasat Polis -KPN

Tiga penyampai radio kini disiasat polis susulan dakwaan mempersenda agama Hindu dalam satu video yang tular hari ini.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan yang pihaknya menerima enam laporan berhubung kejadian tersebut.

Dapat laporan mendakwa ada penyampai radio persenda agama Hindu

Ujarnya, laporan pertama telah dibuat oleh seorang jurutera berusia 44 tahun selepas melihat video yang memaparkan beberapa individu disyaki mempersenda agama Hindu di aplikasi Facebook.

“Beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel, Vel’, manakala seorang lelaki sedang menari.
“Pengadu membuat laporan polis kerana perkara itu mempersendakan agama Hindu dan sensitiviti,” katanya.

Polis siasat penyampai radio disyaki persenda agama Hindu

Walau bagaimanapun, menerusi semakan yang dibuat, video terbabit sudahpun dipadam oleh pihak stesen radio berkenaan dan mereka juga sudah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Video itu telah ditonton 95,400 tontonan dan dikongsi sebanyak 204. Susulan itu, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Artikel lain: Isu Penyampai Radio Persenda Agama: JAKIM Nasihat Semua Pihak Jaga Sensitiviti

Terdahulu, Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial pagi tadi.

Menterinya, YB Fahmi Fadzil menyatakan MCMC perlu memanggil kesemua yang terlibat termasuklah pihak Astro dan  pengurusan stesen radio Era FM bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu yang tular itu.

“Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.
“Jadi, saya arahkan MCMC menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat MCMC” katanya.

Sebelum ini, penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Amir telah memohon maaf dia atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi ketika Thaipusam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Klip video yang telah dipadam itu menunjukkan seorang daripada mereka meniru tarian sambil menyebut “Vel Vel” sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan insiden berkenaan, pihak pengurusan bertindak menggantung tugas ketiga-tiga mereka sementara siasatan dijalankan.

Sumber: Berita Harian (Muhaammad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd