Connect with us

Inspirasi

Penuh Rasa Kemanusiaan, Monyet Liar Turut Diberi Jamah Makanan

Bukan sahaja manusia malah haiwan -haiwa juga dilihat turut terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berlangsung di Malaysia sejak 18 Mac 2020.

Bahkah, kini banyak berita yang melaporkan haiwan-haiwan peliharaan mulai dibiarkan ataupun dalam bahasa kasar, dibuang oleh pemilik mereka. Ramai yang mudah terpengaruh dengan berita-berita palsu yang mengatakan haiwan juga boleh dijangkiti dan menyebarkan virus COVID-19.

Terdapat sesetangah insan yang masih giat menjalankan kerja-kerja murni dengan memberi makanan buat haiwan-haiwan jalanan yang terbiar. Sudah pastinya, haiwan-haiwan ini juga terputus bekalan makanan kerana banyak kedai makan tutup kerana ikut arahan untuk duduk berkuarantin di dalam rumah.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pejai Zafa, dilihat memberi makanan kepada sekumpulan monyet di kawasan reakreasi Bukit Melwati yang terletak di Selangor.

Lebih mengharukan apabila monyet-monyet yang datang kearahnya dilihat sangat kelaparan. Walaupun begitu, haiwan berkenaan dilihat tetap ‘behave’ dan bersabar untuk mendapatkan kepingan-kepingan roti yang diberikan oleh Pejai Zafa.

Di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dan memuji usaha lelaki berkenaan kerana mempunyai ihsan terhadap haiwan-haiwan terbiar kelaparan disebabkan PKP yang berlanjutan ini.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending