Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Mohon Tukang Masak Dituduh Bunuh Duda Dirujuk Ke Psikiatri

Peguam yang mewakili seorang tukang masak yang didakwa menikam seorang duda hingga maut dalam kejadian Ogos lalu memohon supaya anak guamnya dirujuk ke pakar psikiatri bagi penilaian kesihatan mental.

Menurut laporan Sinar Harian, permohonan itu dibuat oleh peguam Ahmad Lokman ketika prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Beliau berkata, permohonan tersebut dibuat di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan tahap kesihatan mental tertuduh, Zulazren Zakariah, 31, dinilai.

Ahmad menjelaskan, permohonan itu berasaskan beberapa faktor termasuk keadaan emosi tertuduh yang terganggu selepas mengetahui isterinya berlaku curang pada hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tertuduh telah mengetahui isterinya, yang telah bersamanya hampir 10 tahun dan mempunyai dua anak, curang pada hari kejadian.
“Ketika ditahan, dia tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Tambahnya, anak guamnya turut melakukan dua pekerjaan untuk menyara keluarga dan dipercayai mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja sebelum insiden berlaku.

Justeru, katanya, terdapat keperluan untuk tertuduh menjalani penilaian psikiatri bagi menentukan keadaan mentalnya.

Bagaimanapun, Majistret Nurul Saqinah Rosli mempersoalkan keperluan permohonan tersebut, dengan menjelaskan bahawa kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah berpendapat permohonan ini perlu dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Bagi permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah, ia juga tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nor Aqilah Syarfa Nik Zaidi memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan perubatan, bedah siasat, kimia dan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum diterima.

Mengikut pertuduhan, Zulazren didakwa dengan sengaja menikam dada Muhammad Amirul Rashid Mohd Niza, 28, sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Taman Seri Pagi, Senawang pada 11 Ogos lalu, sekitar jam 6.50 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyediaan laporan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd