Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nia Ramadhani Luah Sebak, Terpaksa Hidup Tanpa Kasih Sayang Seorang Bapa

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani mendedahkan dia telah dibesarkan tanpa kasih sayang seorang bapa sekaligus telah mengundang rasa hiba dalam kalangan peminatnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Nia di laman Instagramnya, dia kelihatan sebak apabila menceritakan ibu bapanya telah berpisah ketika dia masih kanak-kanak.

View this post on Instagram

A post shared by Cerita Ade (@cerita.ade)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih mengejutkan ramai, dia hanya berpeluang mengenali bapanya ketika usia 17 tahun namun begitu, pengenalan mereka tidak panjang kerana insan tersayangnya itu meninggal dunia sewaktu dia berusia 19 tahun.

“Saya hanya mengenali ayah dalam waktu yang singkat. Pertama kali jumpa dia pada usia 17 tahun. Kemudian dua tahun selepas itu kami bertemu ketika saya berkahwin,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesiannya nasib menimpa Nia

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada pelakon yang berusia 32 tahun itu.

Teruskan bersemangat Nia!

Bukan itu sahaja, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat Nia untuk meneruskan kehidupan dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa diberikan kekuatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd