Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Kluang: Lima Termasuk Sepasang Suami Isteri, Anak Dua Tahun Maut

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS arah selatan, malam tadi.

Foto: Nasaa Pardi

Menurut laporan Harian Metro, pemandu Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36, dan isterinya, Siti Khazira Bani, 35, meninggal duia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala anak perempuan mereka, Mariam Nasarudin, 2, maut di tempat kejadian.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemandu Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Foto: Media Sosial

Menurut Bahrin, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 35 tahun itu mengalami tayar pecah ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Kejadian tersebut menyebabkan kenderaaan berat itu hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah Toyota Camry sebelum memasuki laluan bertentangan  dan bertembung dengan Proton X50 serta Honda Stepwagon Prada yang sedang menuju ke Johor Bahru.

“Akibat kemalangan, Honda Stepwagon Spada terbakar keseluruhan tetapi penumpang dan pemandu sempat dikeluarkan dari kenderaan sebelum api merebak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Foto: Facebook Zarul Zabidi

Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lagi anak pasangan suami isteri berkenaan, yang berusia sembilan, tujuh, dan empat tahun, yang  mengalami kecederaan parah dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Sementara itu, pemandu treler mengalami kecederaan parah di kaki kanan dan pinggang, manakala pemandu Toyota Camry, seorang lelaki berusia 38 tahun, serta dua penumpangnya, seorang wanita berusia 25 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun turut mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd